SOLAT JUMAAT DARI LUAR PAGAR MASJID KERANA PKP

SOLAT JUMAAT DARI LUAR PAGAR MASJID KERANA PKP

 

Sepanjang tempoh PKP, pihak berkuasa Agama mengeluarkan arahan-arahan yang mengenakan sekatan-sekatan tertentu bagi kegunaan masjid, dan antaranya ialah menghadkan jumlah kehadiran untuk solat Jumaat.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Gambar hiasan sahaja

 

Akibat sekatan ini, terdapat mereka yang ingin solat Jumaat mendapati diri mereka tidak dapat masuk ke dalam masjid kerana pintu pagar masjid sudah ditutup selepas berkumandangnya azan pertama lalu sebahagian mereka memilih untuk solat Jumaat dari luar pagar masjid.

 

Hakikatnya perbuatan ini perlu dielakkan kerana dikhuatiri solat Jumaat yang dikerjakaan itu TIDAK SAH.

 

See also  Tiga pemuda mohon maaf persenda azan

Sekalipun ada perbahasannya tetapi persoalan tentang menjaga saf dalam solat berjemaah merupakan perkara penting sehingga ada ulama yang berpandangan bahawa solat berjemaah dalam keadaan saf yang tidak lurus, tidak rapat dan tidak bersambung berdosa dan membatalkan solat.

 

Mungkin ada yang beralasan dengan keterpaksaan kerana pintu pagar masjid ditutup tetapi mereka perlu ingat bahawa ia kerana arahan pihak berkuasa.

 

Setiap Muslim perlu akur dengan arahan pihak berkuasa yang mengenakan sekatan-sekatan ini. Dan bagi mereka yang tidak dapat solat Jumaat di masjid hendaklah pulang dan menggantikannya dengan solat Zohor di rumah (atau pejabat) masing-masing.

See also  Akibat penggunaan aset teknologi secara melampau seorang lelaki serbu kuliah Subuh

 

Adapun mereka yang memilih untuk solat Jumaat dari luar pagar masjid, perbuatan mereka itu boleh menjebakkan mereka dalam dua kesalahan iaitu:

 

i- Kesalahan tidak menjaga saf dalam solat berjemaah; dan

 

ii- Kesalahan tidak akur kepada arahan pihak berkuasa yang menghadkan jumlah kehadiran untuk solat Jumaat.

 

Sebaiknya Muslim memilih jalan selamat, memelihara amalan ibadah yang dikerjakan dan tidak melakukan apa-apa yang boleh membatalkannya.

 

Insya-Allah dia tidak akan terlepas sedikit pun daripada pahala solat Jumaat kerana semuanya itu dilakukan bukan sahaja kerana taat kepada pihak berkuasa tetapi yang paling penting kerana taat kepada Allah s.w.t.

See also  Siri ulangan Jamaah Haji terkandas kerana masalah visa Furada.

 

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

 

Idris bin Sulaiman

Kajang

21 Jumadil Akhir 1442H /

03 Februari 2021

#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " SOLAT JUMAAT DARI LUAR PAGAR MASJID KERANA PKP " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370496
Users Today : 2259
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14677
Users Last 30 days : 65902
Users This Month : 59514
Users This Year : 370495
Total Users : 370496
Views Today : 3128
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21898
Views Last 30 days : 101508
Views This Month : 91675
Views This Year : 570741
Total views : 570742
Who's Online : 12
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares