Wanita Rohingya dari kem pelarian Indonesia diseludup masuk Malaysia

Wanita Rohingya dari kem pelarian Indonesia diseludup masuk Malaysia

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Gambar menunjukkan Namashah mendukung anak perempuannya di kem pelarian di Lhokseumawe, Indonesia. – Foto AFP

 

LHOKSEUMAWE: Sejumlah besar wanita etnik Rohingya yang hilang dari kem pelarian di Indonesia, diseludup masuk ke Malaysia untuk dipertemukan dengan suami atau pasangan mereka, kata beberapa sumber kepada AFP.

 

Hanya sekitar 100 pelarian masih berada di kem pelarian di Lhokseumawe, Indonesia, berbanding hampir 400 yang tiba di negara itu melalui beberapa pendaratan bot antara Jun dan September tahun lalu.

 

Pelarian yang masih berada di Lhokseumawe mengesahkan menerima panggilan telefon daripada beberapa wanita yang berjaya melarikan diri dan mendakwa kini sudah berada di Malaysia.

See also  [Video] Rusuhan Rohingya, 6 Mati Dilanggar Kenderaan

 

Baik pihak berkuasa tempatan Indonesia atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengendalikan kem itu, tidak dapat mengesahkan lokasi wanita Rohingya terbabit.

 

Namun, beberapa sumber memberitahu AFP bahawa mereka yang hilang itu mendapatkan bantuan penyeludup untuk menyeberangi Selat Melaka menuju ke Malaysia.

 

AFP juga merakamkan penemuan semula salah seorang lelaki etnik Rohingya, Namashah, dengan isteri dan anak perempuannya, untuk laporan bersiri mengenai pemerdagangan manusia.

 

“Kami mendapat tahu bahawa beberapa penyeludup datang ke kem pelarian, mengambil duit dan kemudian membantu kumpulan wanita itu melarikan diri.

 

“Mereka ada berhubung dengan suami masing-masing melalui telefon dan membuat aturan tertentu untuk diseludup masuk ke Malaysia.

See also  MAJLIS ULAMA ROHINGYA (MUR) pertubuhan tidak berdaftar dan memalsukan pendaftaran jakim

 

“Bagaimanapun, ada sebahagian yang mungkin berada dalam keadaan lebih buruk kerana ditangkap atau gagal dikesan selepas meninggalkan Indonesia,” katanya.

 

Malaysia menjadi destinasi utama etnik Rohingya yang melarikan diri dari kem pelarian di Bangladesh, yang diwujudkan selepas tindakan keras tentera Myanmar memaksa mereka melarikan diri dari negara miskin di Asia Selatan itu.

 

Baru-baru ini, sekurang-kurangnya 18 etnik Rohingya dari kem Lhokseumawe serta 12 individu disyaki penyeludup ditahan polis di Medan, yang kerap menjadi lokasi persinggahan sebelum diseludup ke Malaysia.

 

Difahamkan, lebih 100,000 etnik Rohingya berada di Malaysia didaftarkan sebagai pelarian, bermakna tidak dibenarkan bekerja, sekali gus memaksa mereka bekerja secara haram.

 

See also  Pesawat Sriwijaya Indonesia Terhempas Lalu Meletop Di Lautan Kepulauan Seribu

Sebahagian besar lelaki Rohingya terbabit juga mampu membayar penyeludup untuk membawa keluarga atau bakal isteri dari Bangladesh atau Myanmar ke Malaysia.

 

Namun, menurut seorang penghuni kem pelarian di Bangladesh, Asmot Ullah, tidak kurang juga anggota keluarga yang terpaksa berhutang bagi menghantar anak ‘rmereka ke Malaysia tetapi langsung tidak dapat dikesan. – AFP

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita Rohingya dari kem pelarian Indonesia diseludup masuk Malaysia " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156029
Users Today : 819
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24424
Users Last 30 days : 79853
Users This Month : 49754
Users This Year : 156028
Total Users : 156029
Views Today : 1391
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36903
Views Last 30 days : 122945
Views This Month : 76222
Views This Year : 238612
Total views : 238613
Who's Online : 8
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares