Warga emas hilang cari lokan ditemui selamat
SIMUNJAN, 3 Feb: Seorang lelaki warga emas ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam jarak 1 kilometer dari pondok kebun mangsa di Kampung Tambai, Sebuyau sekitar jam 10.30 pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mangsa Paun Husaini berusia 73 tahun ditemui dalam keadaan lemah dan tidak beralas kaki.
Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Sebangan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Dalam kejadian jam 8 pagi semalam, mangsa bersama dua anak saudaranya keluar mencari lokan di sungai kampung berkenaan namun disedari hilang oleh anak saudaranya sekitar jam 4 petang ketika hendak pulang ke rumah.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Warga emas hilang cari lokan ditemui selamat " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.