Ibu cari nafkah jadi penghantar makanan hancur kaki dirempuh lori

Ibu cari nafkah jadi penghantar makanan hancur kaki dirempuh lori

Ridzal Abdullah

 

Februari 3, 2021 17:22 MYT

Gambar/ PDRM

 

SANDAKAN: Seorang ibu yang bekerja sebagai penghantar makanan untuk mencari nafkah hancur kaki kiri selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah lori dalam satu kemalangan di Jalan Lintas Labuk, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, wanita berusia 40 tahun itu dikatakan baru selesai menghantar pesanan di kawasan berkenaan.

See also  Pesawat Sriwijaya Indonesia Terhempas Lalu Meletop Di Lautan Kepulauan Seribu

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa bergerak dari arah Batu Lapan ke Taman Fajar.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai dirempuh oleh sebuah lori dari arah belakang.

 

See also  Penunggang motosikal langgar pintu kereta maut digilis lori

“Akibat rempuhan, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki kiri lalu dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk menerima rawatan lanjut.

“Pemandu lori berusia 59 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

#penghantar makanan#wanita#ibu#cari nafkah#kemalangan#dirempuh lori#motosikal#Sandakan#hancur#kaki#Mohd Azhar Hamin

See also  Dua maut, dua lagi parah dalam insiden kren tumbang di lebuh raya SUKE
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ibu cari nafkah jadi penghantar makanan hancur kaki dirempuh lori " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156046
Users Today : 836
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24441
Users Last 30 days : 79870
Users This Month : 49771
Users This Year : 156045
Total Users : 156046
Views Today : 1447
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36959
Views Last 30 days : 123001
Views This Month : 76278
Views This Year : 238668
Total views : 238669
Who's Online : 1
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares