Tersilap layari laman sesawang bank palsu

Tersilap layari laman sesawang bank palsu

 

Kuala Lumpur: Seorang pekerja swasta kerugian RM3,600 selepas tersilap melayari laman sesawang bank palsu menggunakan komputer riba, kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Azizul Osman, 38, berkata, dia melayari laman sesawang bank terbabit ketika berada di rumahnya di Bandar Baru Bangi, pada 3.38 petang.

 

Menurutnya, pada mulanya dia tidak menyedari laman sesawang itu bukan yang sebenarnya dan seperti biasa memasukkan kata pengguna serta kata laluan.

 

“Saya kemudian menerima TAC (kod pengesahan transaksi) dan dikehendaki mengisinya di dalam laman sesawang bank terbabit, saya hanya mengikut arahan itu.

See also  Polis buru Datuk Seri larikan diri

 

“Selepas itu barulah saya sedar seperti ada sesuatu tidak kena sebelum memeriksa semula menggunakan telefon bimbit, namun terkejut apabila mendapati wang di dalam akaun bank hilang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Azizul berkata, terkejut dengan kejadian itu, dia kemudian terus menghubungi pihak bank untuk menyekat akaun terbabit.

 

“Bagaimanapun wang itu tidak dapat dikembalikan kerana difahamkan individu yang mengambil wang itu sudah menggunakannya untuk permainan dalam talian.

 

“Susulan itu, saya juga sudah membuat laporan polis hari kelmarin untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

See also  Peniaga berang simbah penguat kuasa dengan air panas bercampur minyak

 

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos berkata, mereka yang ingin melakukan transaksi secara dalam talian menggunakan laman sesawang perbankan dalam talian hendaklah berhati-hati dan pastikan bahawa laman sesawang itu adalah asli.

 

“Jika tidak pasti rujuk dengan bank supaya mereka boleh beri panduan ke laman sesawang yang betul.

 

“Jika mereka menyedari ada melayari laman sesawang ‘phishing’ yang disediakan oleh scammer, mereka hendaklah terus berhubung dengan bank untuk membuat pembatalan jika sudah melakukan transaksi,” katanya.

See also  Orang dalam kesusahan , ada pihak ambil kesempatan

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2021 @ 2:42 PM

Muhaamad Hafis Nawawi

mhafis@hmetro.com.my

Gambar: Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Tersilap layari laman sesawang bank palsu " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124462
Users Today : 3885
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22134
Users Last 30 days : 69807
Users This Month : 18187
Users This Year : 124461
Total Users : 124462
Views Today : 5867
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33646
Views Last 30 days : 108350
Views This Month : 27759
Views This Year : 190149
Total views : 190150
Who's Online : 9
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares