{{VIDEO}}Baru keluar penjara, buat hal lagi

Baru keluar penjara, buat hal lagi

 

Kuala Selangor: Baru saja dibebaskan daripada hukuman penjara kerana kesalahan dadah, mencuri dan pecah rumah pada 27 Januari lalu, seorang lelaki ditahan sekali lagi selepas cuba melarikan sebuah kereta, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan polis di tepi jalan Taman Aman, Bukit Rotan, di sini, pada 8.15 malam.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian berlaku semasa seorang penghantar makanan berusia 35 tahun menghantar makanan ke rumah rakannya dengan Proton Wira.

See also  Pasangan Zalim guna pisau, gunting, periuk panas dera amah

 

“Tiba di lokasi, mangsa turun dari kereta dan meninggalkannya dalam keadaan enjin masih hidup. Kemudian, mangsa melihat seorang lelaki tidak dikenali masuk ke dalam kereta dan cuba melarikannya.

 

“Mangsa mengejar suspek sambil meminta tolong sebelum berjaya membuka pintu kereta dan memegang suspek. Suspek cuba melawan dan berlaku pergelutan di antara mereka berdua,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

See also  Aksi pencuri premis barangan kesihatan dirakam CCTV

 

Susulan itu, Ramli berkata, polis tiba di lokasi kejadian dan menahan suspek.

 

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah.

 

“Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 5 Februari.

 

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2021 @ 4:34 PM

See also  Rakaman Curi Catalyst Converter

Amirul Aiman Hamsuddin

am@hmetro.com.my

Video/gambar: Media sosial

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " {{VIDEO}}Baru keluar penjara, buat hal lagi " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149694
Users Today : 1301
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22196
Users Last 30 days : 79416
Users This Month : 43419
Users This Year : 149693
Total Users : 149694
Views Today : 1813
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33478
Views Last 30 days : 121638
Views This Month : 66229
Views This Year : 228619
Total views : 228620
Who's Online : 20
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares