Warga Myanmar cabul wanita beriadah ditahan

Warga Myanmar cabul wanita beriadah ditahan

 

Putrajaya: Seorang lelaki warganegara Myanmar ditahan semalam selepas disyaki mencabul seorang wanita yang sedang beriadah di Taman Tasik Komuniti, Cyberjaya.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata pihaknya menerima laporan berkenaan kira-kira 6.40 petang semalam.

 

“Ketika kejadian mangsa yang berusia 35 tahun itu sedang berjalan kaki bersama rakannya di Taman Tasik Komuniti, sebelum suspek datang dan mengganggu mangsa.

See also  Polis siasat dakwaan anggota pukul pekerja warga Myanmar

 

“Suspek kemudiannya memegang punggung mangsa. Mangsa memarahi suspek dan orang awam yang ada di tempat kejadian datang membantu mangsa untuk memegang lelaki berkenaan.

 

“Mangsa turut menghubungi talian kecemasan 999 sebelum menyerahkan lelaki berkenaan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

Wan Kamarul berkata lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

See also  Laporkan sebarang Aktiviti PATI hotline +6011-62511223

 

Sebelum ini tular di media sosial video berdurasi satu minit yang menunjukkan orang ramai mengepung suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2021 @ 4:01 PM

See also  {VIDEO}Peragut yang sama bermaharajalela di kawasan Gombak

Noor Atiqah Sulaiman

am@hmetro.com.my

Video: Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Warga Myanmar cabul wanita beriadah ditahan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370157
Users Today : 1920
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14338
Users Last 30 days : 65563
Users This Month : 59175
Users This Year : 370156
Total Users : 370157
Views Today : 2661
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21431
Views Last 30 days : 101041
Views This Month : 91208
Views This Year : 570274
Total views : 570275
Who's Online : 20
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares