Bomba terpaksa dipanggil kerana laluan kampung teruk sangat

Bomba terpaksa dipanggil kerana laluan kampung teruk sangat

 

MyMetroMutakhir
Hazsyah Abdul Rahman
am@hmetro.com.my

Beluran: Keadaan laluan yang sangat teruk menyebabkan khidmat anggota bomba dan penyelamat terpaksa digunakan untuk menjemput kanak-kanak sakit di Kampung Manduring, dekat sini, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Beluran selepas menghidapi penyakit jangkitan kuman di perut.

Namun, keadaan laluan ke kampung itu yang sangat teruk menyebabkan ambulans sukar sampai ke rumah mangsa.

See also  ✔️Video Rempuh kenderaan Agresif Serang Bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.17 tengah hari dari pihak hospital.

Menurutnya, susulan itu, sepasukan anggota menggunakan sebuah pacuan empat roda ke lokasi sejauh 36 kilometer dari BBP Beluran.

“Pasukan bomba berjaya membawa keluar mangsa dan menyerahkan kepada pihak ambulans,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, bapa kanak-kanak itu, Roslan Garabu, 41, berkata, anaknya muntah sejak pagi tadi dan mereka tidak dapat ke hospital.

See also  ????️????️ Pergaduhan Lelaki parah ditetak, 6 ditahan

“Saya hanya ada kenderaan kecil dan ia tidak dapat melalui jalan keluar kampung kami kerana keadaan sangat teruk.

“Saya menghubungi talian kecemasan dan pihak ambulans hanya dapat sampai di simpang masuk ke kampung saja.

“Ambulans tidak dapat masuk sehingga ke rumah kerana jalan ke kampung kami sangat teruk. Keadaan ini sudah berlaku sejak lebih 25 tahun lalu lagi,” katanya.

See also  580 Sembuh Covid19 21-10-2020

Katanya, mujur pihak bomba datang membantu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2021 @ 10:12 PM

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bomba terpaksa dipanggil kerana laluan kampung teruk sangat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149931
Users Today : 1538
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22433
Users Last 30 days : 79653
Users This Month : 43656
Users This Year : 149930
Total Users : 149931
Views Today : 2122
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33787
Views Last 30 days : 121947
Views This Month : 66538
Views This Year : 228928
Total views : 228929
Who's Online : 21
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares