Wanita hamil 7 bulan terpaksa selongkar sampah demi sesuap nasi

Wanita hamil 7 bulan terpaksa selongkar sampah demi sesuap nasi

 

 

Pulau Pinang 5/2/2021

 

“Punggah tong sampah pada jam 5 pagi merupakan rutin harian saya demi sesuap nasi buat keluarga”.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Itulah keperitan yang dilalui seorang wanita bagi memastikan suaminya yang diserang angin ahmar serta dua anaknya tidak kelaparan.

Menurut Magdalena Herkules Manalu, 39, kehidupan dia dan dua anaknya berusia tiga dan sembilan tahun itu berubah selepas suaminya, Choong Nai Fatt, 44, terlantar atas katil dan memerlukan pengawasan penuh susulan menjalani pembedahan di kepala akibat diserang angin ahmar pada Disember lalu.

 

Jelas wanita yang kini hamil tujuh bulan itu, dia tiada pilihan selain menyelongkar tong sampah bagi mendapatkan barang terpakai untuk dijual di pasar karat sebagai sumber pendapatan harianya.

 

See also  ???????????????????????????? ???????????????????????? ???????????????????????????? ???????????????????? ???????????????????????????? ???????????????????????????????????????? ????????????????????????????????

“Pada jam 5 pagi saya akan punggah tong sampah dan hasil daripada itu akan dijual di pasar karat. Saya tidak boleh mengambil masa yang lama untuk berniaga kerana perlu menyedut kahak suami setiap tiga jam selain memberikan makanan menerusi tiub yang disalurkan melalui hidung.

 

“Anak saya masih kecil dan tidak mampu melakukannya sekali gus menyebabkan saya tidak boleh mencari kerja lain untuk menyara keluarga,” katanya yang kini tinggal di rumah pusaka ibu mertuanya di Jalan Lenggong, Jelutong di sini.

 

Menceritakan nasib yang dialami, wanita berasal dari Medan, Indonesia itu memberitahu, pendapatan harian yang tidak menentu pernah mengakibat mereka sekeluarga terputus bekalan makanan.

 

“Kadang-kadang saya dapat RM20, namun ada hari pendapatan saya tidak cecah RM5 ini menyebabkan urusan menyara keluarga terkesan. Nak mengharapkan belas kasihan daripada keluarga suami jauh sekali kerana mereka mengabaikan kami selepas mengetahui suami terlantar sepenuhnya.

See also  Rakyat dilarang  cari rezeki di tapak pelupusan sampah

 

“Setiap hari saya hanya mampu berikan nasi berlaukkan sayur kepada anak-anak dan sekiranya ada hasil lebih telur saja menjadi makanan tambahan kami. Sudah berbulan, kami tidak rasa lauk ayam mahupun ikan malah, setiap kali anak memintanya saya terpaksa mengaku diri ini tidak mampu menyediakannya.

 

“Ramai beranggapan saya terima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 setiap bulan mampu menguruskan keluarga, namun mereka tidak tahu suami perlu minum susu khas dan setin susu bernilai RM90 itu untuk kegunaan selama dua hari,” ujarnya.

 

Magdalena yang sudah mendirikan rumahtangga bersama suaminya sejak 10 tahun itu turut meluahkan rasa kebimbangannya untuk menguruskan keluarga ketika dia melahirkan anak kelak kerana tidak mempunyai saudara mara di sini.

See also  Disangka mati, pesakit Covid-19 bangun sebelum dibakar

 

“Sebelum ini, saya tidak pernah minta bantuan apa-apa tetapi kini saya tiada jalan selain mengharapkan belas kasihan daripada orang ramai bagi meneruskan kehidupan kami sekeluarga,” katanya.

 

Orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh menghubungi Magdalena di talian 016-4000433.

 

 

Oleh MH Daily

February 5, 2021 9:00 am

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita hamil 7 bulan terpaksa selongkar sampah demi sesuap nasi " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139344
Users Today : 520
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21473
Users Last 30 days : 74000
Users This Month : 33069
Users This Year : 139343
Total Users : 139344
Views Today : 699
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33347
Views Last 30 days : 114514
Views This Month : 51089
Views This Year : 213479
Total views : 213480
Who's Online : 32
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares