Warga emas diajak solat jemaah sebelum ditinggalkan di surau

Warga emas diajak solat jemaah sebelum ditinggalkan di surau

06 Feb 2021

 

SUBANG JAYA – Pujukan ahli keluarga mengajak seorang warga emas keluar rumah kononnya untuk solat berjemaah rupanya helah bagi meninggalkan lelaki berkenaan di sebuah surau di Klang.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Perkara itu dibongkarkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang segera bergegas ke surau berkenaan selepas menerima maklumat mengenai warga emas yang dilaporkan tidur di surau berkenaan.

 

Menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook, LZS memaklumkan warga emas lelaki terbabit ditemui dalam keadaan lapar, keletihan dan mengalami sakit kaki akibat jangkitan kuman.

See also  Video Warung pamer kreativiti ala kenduri kahwin jadi tumpuan.

 

“Sejurus mendapat maklumat mengenai seorang warga emas tidur di salah sebuah surau, kami bergegas untuk membantu beliau memandangkan Selangor adalah negeri tertinggi kes Covid-19 buat masa ini.

 

“Tentunya bahaya sekiranya golongan berisiko tinggi tidur di tempat-tempat awam,” katanya.

 

Menurut kenyataan itu, warga emas berkenaan memaklumkan dia tidak mempunyai zuriat kerana belum pernah berkahwin.

 

Sebelum ini, warga emas berkenaan dijaga oleh anak saudaranya namun sejak kesihatannya semakin merosot ditambah dengan suasana tidak menentu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ahli keluarga yang menjaganya meninggalkannya di surau tersebut.

See also  Warga emas cedera muka akibat penangan jalan berlubang 

 

“Pilu hati kami ketika beliau berkongsi cerita bagaimana beliau telah ditinggalkan di sebuah surau. Peringkat awal beliau tidak menjangkakan beliau akan diperlakukan sedemikian.

 

“Pujukan ahli keluarganya mengajak beliau ke surau tersebut untuk berjemaah, rupanya adalah perancangan untuk meninggalkan beliau di surau berkenaan. Pakaian juga telah siap diletakkan di dalam beg untuk bekalan beliau,” katanya.

 

LZS memaklumkan, warga emas berkenaan kini ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Dengkil.

 

“Alhamdulillah, setelah berunding, beliau bersetuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Dengkil dan LZS akan menanggung kos penjagaan dan juga kos rawatan beliau.

See also  Video@Lima kelasi diselamatkan oleh APMM dari sebuah kapal karam di perairan KIMANIS

 

“ Terima kasih kepada pengeluar zakat. Kami cuba sedaya upaya untuk salurkan zakat anda kepada mereka yang berhak. Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka,” katanya.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Warga emas diajak solat jemaah sebelum ditinggalkan di surau " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148637
Users Today : 244
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23943
Users Last 30 days : 80035
Users This Month : 42362
Users This Year : 148636
Total Users : 148637
Views Today : 330
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36616
Views Last 30 days : 122832
Views This Month : 64746
Views This Year : 227136
Total views : 227137
Who's Online : 19
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares