Kambing gurun terperangkap dalam kolam berjaya diselamatkan

Kambing gurun terperangkap dalam kolam diselamatkan

 

 

JELEBU: Seekor kambing gurun betina berjaya diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan setelah haiwan itu terperangkap di kolam Kajian Perikanan Air Tawar Glami Lemi, dekat sini, semalam.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Hidupan liar dilindungi itu dipercayai dipercayai tersesat dan terperangkap dalam kolam berkenaan.

 

Menurut jurucakap Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 8 pagi semalam.

 

See also  Dua Myanmar ditangkap bunuh hidupan liar Malaysia

“Seramai 12 anggota jabatan berkenaan bergegas di lokasi kejadian dan kambing gurun terbabit dapat dinaikkan.

 

“Kami menggunakan tali berjaring bagi menaikkan kambing berkenaan dari dalam kolam dan tahap kesihatannya baik tetapi sedikit keletihan. Tiada kecederaan pada haiwan itu,” katanya hari ini.

 

Kambing gurun itu menurutnya telah berjaya masuk semula ke hutan yang berhampiran.

 

Tambahnya, kakitangan Jabatan Perhilitan juga akan melakukan pemantauan susulan di sekitar kawasan hutan tersebut bagi memastikan kambing gurun tersebut selamat.

See also  {Video} Beruang matahari merayau di Tanjung Karang

 

Sementara itu, seorang penduduk yang tinggal berdekatan, Abdullahros Mohd, 48, berkata, sejak 10 tahun kebelakangan ini, kelibat sepasang kambing gurun sering dilihat di lereng bukit berhampiran Felda Titi.

 

Bagaimanapun menurutnya, sejak Disember tahun lalu, haiwan berkenaan dilihat berkeliaran tanpa pasangan.

 

“Tidak tahu kenapa tapi saya harap semoga tiada pemburu haram menembak kambing dan pihak Jabatan Perhilitan selalu memantau lokasi ini.

 

See also  [BERITA SEDIH: AWANG RASAU DAH TIADA]

“Kambing gurun ini spesis makin berkurangan, bimbang jika ditembak mati maka ia akan pupus nanti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kambing gurun terperangkap dalam kolam berjaya diselamatkan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146370
Users Today : 2819
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21676
Users Last 30 days : 77768
Users This Month : 40095
Users This Year : 146369
Total Users : 146370
Views Today : 3859
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32916
Views Last 30 days : 119132
Views This Month : 61046
Views This Year : 223436
Total views : 223437
Who's Online : 47
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares