RM19,400 lesap Ditipu sindiket Macau Scam ketika kuarantin Covid-19

Ditipu sindiket Macau Scam ketika kuarantin Covid-19

Gambar kecil: M Zambri Mahmud

 

KUALA TERENGGANU – Seorang penjawat awam yang sedang menjalani kuarantin Covid-19 di salah sebuah pusat kuarantin di Kuala Nerus kerugian RM19,400 selepas ditipu sindiket Macau Scam.

 

Kejadian dipercayai berlaku selepas wanita berusia 44 tahun dari Besut itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dari Cyberjaya pada 27 Januari lepas.

 

Menurut sumber, lelaki itu memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan cukai yang tidak dijelaskan berjumlah RM38,600.90 sebelum diminta membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dalam kadar segera.

 

Katanya, namun mangsa tidak dapat berbuat demikian kerana sedang menjalani kuarantin Covid-19 selama 14 hari sebelum talian disambung kepada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai sarjan Azman Adnan.

See also  Kereta dilarikan ketika 'lepas hajat'

 

“Selepas itu, sarjan Azman Adnan memaklumkan mangsa juga terlibat dengan jenayah penyalahgunaan dadah dan pengubahan wang haram malah waran tangkap sudah dikeluarkan.

 

“Lelaki itu mencadangkan mangsa berurusan pula dengan lelaki dikenali Datuk Wazir bagi urusan permohonan menangguh waran tangkap selain mengelak disenarai hitam dan pembekuan asetnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

 

Sumber berkata, semasa berurusan untuk permohonan penangguhan waran tangkap itu, Datuk Wazir ada meminta nombor kad mesin juruwang automatik (ATM) terutama dari bank yang aktif.

See also  Polis buru Datuk Seri larikan diri

 

“Tanpa berfikir panjang dan disebabkan terlalu takut, mangsa terus membaca nombor kad ATM beberapa akaun bank miliknya yang aktif.

 

“Selesai sahaja tempoh kuarantin, mangsa terus membuat semakan dan mendapati kesemua baki akaun banknya berkurang sehingga RM19,400 melibatkan transaksi ke dalam akaun bank tidak dikenali,” katanya.

 

Katanya, mangsa kemudian ke bank terlibat untuk menyekat semua akaunnya sebelum membuat laporan polis.

 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

 

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

 

Dalam pada itu, M Zambri turut mengingatkan orang ramai agar jangan terlalu panik selepas menerima panggilan terutama daripada nombor tidak dikenali kerana panik merupakan punca utama terdedah dengan sindiket penipuan ini.

See also  Teruknya Samun motosikal penghantar J&T

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Kalau boleh tolong siasat dulu selepas menerima panggilan terutama individu memperkenalkan daripada jabatan tertentu dan jangan terlalu mudah mendedahkan nombor akaun mahupun ATM kepada individu tidak dikenali,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " RM19,400 lesap Ditipu sindiket Macau Scam ketika kuarantin Covid-19 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124507
Users Today : 3930
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22179
Users Last 30 days : 69852
Users This Month : 18232
Users This Year : 124506
Total Users : 124507
Views Today : 5941
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33720
Views Last 30 days : 108424
Views This Month : 27833
Views This Year : 190223
Total views : 190224
Who's Online : 15
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares