{{Video}} Bayi perempuan ditinggalkan di tokong

Bayi perempuan ditinggalkan di tokong

 

Alor Setar: “Saya dengar sayup seperti suara anak kucing, mulanya saya ingat orang nak usik sebab bunyi tu sekejap ada, sekejap hilang.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Namun tidak lama kemudian, bunyi tangisan itu kedengaran sekali lagi sebelum saya ternampak ada beg galas ungu atas bangku di tokong di Kampung Hilir, Kubang Rotan. Saya dapati ada bayi perempuan dibalut kain batik,” kata Mohd Hanif Zaini, 29.

Dalam kejadian 4.35 petang itu, Mohd Hanif sedang berjoging bersendirian di tepi sawah di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Rotan, Kuala Kedah, di sini.

See also  PKPB jadi alasan tidur sebilik dengan kekasih

 

Dia berkata, bayi perempuan itu dipercayai baru dilahirkan kerana terdapat kesan darah pada badan selain tali pusat belum dipotong.

 

“Saya terus menghubungi isteri supaya membawa kereta sebelum membawanya pulang ke rumah.

 

“Tak sangka ada orang tergamak buat macam tu, sampai mengalir air mata saya melihat keadaan bayi itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

 

Mohd Hanif berkata, dia sempat membawa bayi itu pulang ke rumah sebelum polis dan ambulans dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) tiba.

See also  CCTV✓✓Wanita diragut ketika hendak ke hospital

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima maklumat itu pada jam 5.20 petang tadi.

 

“Berikutan itu, kami merakam percakapan pengadu dan saksi untuk membantu siasatan.

 

“Bayi perempuan itu kemudian dihantar ke HSB untuk menjalani pemeriksaan dan siasatan sedang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

See also  Bayi Perempuan 14 hari ditinggalkan di luar pintu hospital

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2021 @ 10:36 PM

Zuliaty Zulkiffli

am@hmetro.com.my

Video/gambar: Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {{Video}} Bayi perempuan ditinggalkan di tokong " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155722
Users Today : 512
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24117
Users Last 30 days : 79546
Users This Month : 49447
Users This Year : 155721
Total Users : 155722
Views Today : 853
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36365
Views Last 30 days : 122407
Views This Month : 75684
Views This Year : 238074
Total views : 238075
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares