Bukan kes langgar lari

Bukan kes langgar lari

 

IPOH – Kemalangan antara sebuah kereta dan motosikal yang videonya tular di media sosial sejak Sabtu lalu bukan kes langgar lari seperti didakwa.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pemandu kereta terlibat telah membuat laporan polis pada hari sama kejadian berlaku pada Khamis lepas.

 

Menurutnya, kemalangan di Jalan Tun Terang Kampung Manjoi itu berlaku apabila kereta jenis Hyundai Sonata dipandu wanita berusia 31 tahun hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki warga emas.

See also  Pemandu King Remuk 'Yang terlintas di fikiran cuma anak, isteri dan emak'

 

“Pelanggaran itu mengakibatkan lelaki berusia 65 tahun terbabit mengalami patah kaki kanan.

 

“Pemandu kereta pada mulanya meneruskan perjalanan, namun kembali ke tempat kejadian dan sebaik mendapati orang ramai berkumpul di situ, dia terus ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya.

See also  {VIDEO} LRT Kelana Jaya terlibat kemalangan, percikan darah merata-rata

 

Beliau berkata, polis telah merakam percakapan pemandu wanita itu manakala mangsa masih menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

 

 

Video berdurasi 21 saat yang diperoleh melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu tular memaparkan seorang penunggang motosikal melambung dan tercampak selepas bertembung dengan sebuah kereta.

See also  Kes langgar lari Pemandu remaja mabuk ditahan orang ramai

 

08 Feb 2021

NORMAWATI ADNAN

Video: Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Bukan kes langgar lari " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124506
Users Today : 3929
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22178
Users Last 30 days : 69851
Users This Month : 18231
Users This Year : 124505
Total Users : 124506
Views Today : 5939
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33718
Views Last 30 days : 108422
Views This Month : 27831
Views This Year : 190221
Total views : 190222
Who's Online : 14
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares