Campur bebola ikan dan babi, kilang jijik diarah tutup

Campur bebola ikan dan babi, kilang jijik diarah tutup

 

KEPALA BATAS – Jijik dan meloyakan apabila lipas serta najis tikus ditemui di tempat memproses makanan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Itulah keadaan sebuah kilang bebola ikan dan daging ketika diserbu anggota Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang di Lorong Bertam Indah di sini hari ini.

 

Serbuan Ops Tegar pada pukul 10 pagi tadi mendapati kilang yang sudah beroperasi sejak 50 tahun itu tidak mengikut piawaian ditetapkan malah keadaannya terlalu kotor.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, hasil pemeriksaan mendapati pengendali makanan itu mencampurkan bebola ikan dengan bebola daging babi di tempat memproses yang sama.

See also  {Video}Sebelum ini gajah masuk kampung cari makanan.

 

Katanya, pembungkusan bebola ikan dan daging itu juga mengelirukan orang ramai kerana dilabelkan dalam bahasa Cina dan sebahagiannya pula dibiarkan tanpa label.

 

“Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat menghurung bebola ikan yang sudah siap diproses.

 

“Selain itu, kita dapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja tidak memakai kasut ketika melakukan proses menyediakan bahan basah tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

 

Turut serta pada operasi tersebut, pihak berkuasa tempatan dan pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang.

See also  Polis siasat laporan terima suntikan vaksin picagari kosong

 

Menurut Wazir, banyak kesalahan dilakukan kilang berkenaan walaupun pernah diserbu dua kali pada tahun lalu.

 

“Bertindak atas aduan dan rutin pemeriksaan berkala kita sudah meminta pemilik mematuhi piawai yang ditetapkan dan amaran diberi secara lisan ketika itu.

 

“Namun, serbuan hari ini menunjukkan mereka gagal berbuat demikian malah kesalahan yang dilakukan amat besar kerana ia boleh mengakibatkan keracunan makanan,” ujarnya.

 

Tambah beliau, kilang terbabit diarahkan ditutup selama 14 hari untuk kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

See also  VAKSIN DIGUNA DI MALAYSIA TIADA UNSUR BABI, HAIWAN

 

“Selain itu, setiap pekerja kilang tersebut didenda RM300 mengikut Peraturan 32 iaitu berkaitan dengan pakaian pengendali makanan,” katanya. – MalaysiaGazette

 

By Malinda Abdul Malik – 8 February 2021

 

#MalaysiaGazette

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Campur bebola ikan dan babi, kilang jijik diarah tutup " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156706
Users Today : 547
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23361
Users Last 30 days : 78792
Users This Month : 50431
Users This Year : 156705
Total Users : 156706
Views Today : 975
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35388
Views Last 30 days : 121325
Views This Month : 77526
Views This Year : 239916
Total views : 239917
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares