Tahukah anda bahawa Lapangan Terbang Alor Setar merupakan Lapangan Terbang antarabangsa pertama di dalam Tanah Melayu dan dibina pada 1924?

Mungkin agak pelik sebab kebanyakkan penulisan-penulisan mengatakan Lapangan Terbang Taiping adalah yang tertua dan ada yg kata Lapangan Terbang Alor Setar dibina sama tahun dengaan Lapangan Terbang Taiping.
Berdasarkan fakta, Lapangan Terbang Taiping dibuka pada 1929 dan Lapangan Terbang Sungai Besi hanya siap dibina pada 1933.
Pada 1924, KLM telah mendarat di Alor Setar dengan membawa 3 krew dan barangan kargo. Pada 1928, KLM telah menyenaraikan Alor Setar sebagai salah satu drpd 22 bandar di dunia utk laluan AMSTERDAM-ASIA & juga memulakan penerbangan mingguan antara Medan ke Alor Setar.
Pelakon Hollywood, Will Rogers juga pernah singgah bermalam di Alor Setar pada 1931 sebelum menyambung penerbangan ke Bangkok.
Pada 1933, sebelum Lapangan Terbang Sungai Besi beroperasi, British Imperial Airways juga menggunakan Lapangan Terbang Alor Setar sebagai tempat hentian untuk laluan LONDON-BRISBANE.
Lebih menarik, World’s Greatest Air Race 1934-1935 (racing udara dari UK ke Australia) juga menggunakan Alor Setar sebagai Lapangan Terbang persinggahan.
Pada zaman 20an dan 30an, hanya Alor Setar dan Singapura menjadi Lapangan Terbang aktif di Tanah Melayu.
Namun selepas Airport Penang dibuka pada 1938, banyak penerbangan memilih Pulau Pinang untuk mendarat kerana infrastruktur yang lebih baik.
Maka, berakhirnya zaman kegemilangan lapangan terbang di Alor Setar.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Lapangan Terbang Antarabangsa Alor Setar adalah yang pertama di Tanah Melayu " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.