Lelaki terlebih perihatin Provokasi liar terhadap penjawat awam

LAPORAN KES TANGKAPAN MENGINGKARI PERINTAH PENJAWAT AWAM DAN BERKELAKUAN TIDAK SENONOH 06/02/2021

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

FAKTA KES :

Pada 06/02/2021 jam lebih kurang 0820 hrs, semasa pengadu menjalankan tugas Op Covid Team Pemantauan dan Pematuhan SOP di kawasan Taman Semarak bersama 13 anggota yang terdiri daripada anggota polis, RELA, SPDRM dan APM telah ternampak 1 kereta mengekori kenderaan rondaan pengadu sambil membuat rakaman menggunakan telefon bimbit. Semasa sampai di kawasan pasar Taman Semarak, pengadu telah menahan kereta tersebut Nombor Pendaftaran ST XXXX K jenis Perodua Myvi warna maroon. Pengadu memperkenalkan diri sebagai anggota polis telah meminta saspek mengemukakan dokumen pengenalan diri dan bertanyakan tujuan saspek merakam video tetapi saspek enggan memberi kerjasama. Saspek juga telah meninggikan suaranya dan menimbulkan provokasi.

See also  Mahasiswa UIAM Dari India ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam

 

HASIL SIASATAN AWAL:

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Taman Semarak, Tawau sewaktu pengadu menjalankan tugas pemantauan. Saspek dengan sengaja membuat rakaman menggunakan telefon bimbit terhadap Team Pemantauan dan Pematuhan SOP.

 

HASIL SIASATAN LANJUT:

Siasatan lanjut mendapati, saspek dengan sengaja melakukan perbuatan mengekori kenderaan Team Pemantuan dan merakam video menggunakan telefon bimbit.

See also  Warga emas OKU ugut pemandu dengan sabit

 

Saspek juga mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan provokasi terhadap Team Pemantuan dan saspek enggan memberikan kerjasama apabila diminta untuk menunjukkan dokumen pengenalan diri.

 

Saspek turut melarikan diri dengan memecut kereta yang dipandu sehingga hampir melanggar anggota RELA. Saspek berjaya di tahan.

 

Saspek telah bertindak agresif sewaktu berada di IPD Tawau dan enggan menyerahkan telefon bimbit untuk diperiksa.

 

TINDAKAN POLIS:

1. Rakam percakapan pengadu di bawah 112 KPJ.

See also  Abang askar buat gangguan seksual ketika beli vape

2. Membuat rampasan telefon bimbit dan kereta saspek.

3. Permohonan reman dibawah seksyen 117 KPJ.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki terlebih perihatin Provokasi liar terhadap penjawat awam " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

145905
Users Today : 2354
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21211
Users Last 30 days : 77303
Users This Month : 39630
Users This Year : 145904
Total Users : 145905
Views Today : 3246
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32303
Views Last 30 days : 118519
Views This Month : 60433
Views This Year : 222823
Total views : 222824
Who's Online : 40
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares