Status i-Sinar anda lulus? KWSP umum berdepan isu teknikal

Status i-Sinar anda lulus? KWSP umum berdepan isu teknikal

Hasimi Muhamad

Februari 7, 2021

 

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tengah malam tadi mengumumkan pihaknya berdepan masalah teknikal berhubung paparan status permohonan kemudahan i-Sinar.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Kenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan pemohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.

 

See also  Kasihannya 60 penghuni terpaksa kongsi telefon untuk PdPR

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram dan Facebook KWSP tengah malam Ahad, perbadanan tersebut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

“KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status I-Sinar online.

 

“Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021,” demikian kenyataan tersebut.

 

Semakan Astro AWANI di laman sesawang KWSP mendapati perkhidmatan semakan i-Sinar tergendala buat sementara waktu.

See also  Berita Gembira Gaji Kecil, Tiada Slip Gaji Kini Boleh Beli Rumah

Terdahulu, KWSP memaklumkan bagi pemohonan Kategori 2 adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

See also  Kerajaan luluskan Pengeluaran i-Sinar maksima 10K
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Status i-Sinar anda lulus? KWSP umum berdepan isu teknikal " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

371941
Users Today : 556
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15253
Users Last 30 days : 64376
Users This Month : 60959
Users This Year : 371940
Total Users : 371941
Views Today : 835
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22861
Views Last 30 days : 99187
Views This Month : 93973
Views This Year : 573039
Total views : 573040
Who's Online : 13
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares