Nelayan jumpa mutiara RM1.39 juta ditahan polis

Nelayan jumpa mutiara RM1.39 juta ditahan polis

 

Bangkok: Seorang nelayan miskin yang menemui mutiara oren Melo bernilai 250,000 pound (RM1.39 juta) di Thailand, ditahan polis selepas didakwa menganjurkan parti dadah bagi meraikan kekayaan baharunya.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Akhbar tempatan melaporkan, Hatchai Niyomdecha, 37, menjemput rakan-rakannya ke rumah di Nakhon Si Thammarat, Thailand pada Jumaat lalu selepas ditawarkan jumlah wang berkenaan bagi mutiara yang jarang ditemui.

Polis Thailand berkata, pihaknya merampas beribu-ribu pil methamphetamine di rumah nelayan itu ketika melakukan serbuan selepas menerima aduan daripada jiran mengenai bunyi bising.

See also  Video Aksi berani terbangkan pesawat kecil dalam dua buah terowong. Kelajuan cecah 241km/j

 

Nelayan warga Thailand itu menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia selepas menemui mutiara Melo yang juga dikatakan paling mahal di dunia, ketika mengutip cangkerang bersama keluarganya di sebuah pantai berhampiran rumahnya.

 

Polis merampas dua kotak yang mengandungi bahan tidak diketahui dan sebuah kotak mengandungi kira-kira 16,000 pil methamphetamine ketika melakukan serbuan di rumah nelayan itu.

See also  Mikrofon meletup ketika asyik berkaraoke

 

Hatchai menafikan kotak itu miliknya namun polis menemui cap jari nelayan itu pada kotak berkenaan selepas menjalankan ujian forensik terhadap bungkusan terbabit.

 

Dalam pada itu, Kolonel polis Chokdee Srimuang berkata, pihaknya masih sedang menyiasat Hatchai mengenai rampasan pil dadah berkenaan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2021 @ 11:56 AM

See also  Episod-1 Kisah 1983 Kapal Terbang Hilang dari Radar

Gambar: Polis Thailand / Media sosial

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Nelayan jumpa mutiara RM1.39 juta ditahan polis " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139992
Users Today : 1168
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22121
Users Last 30 days : 74648
Users This Month : 33717
Users This Year : 139991
Total Users : 139992
Views Today : 1626
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34274
Views Last 30 days : 115441
Views This Month : 52016
Views This Year : 214406
Total views : 214407
Who's Online : 29
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares