Pemandu lari tinggal kelindan tersepit dalam lori

Pemandu lari tinggal kelindan tersepit dalam lori

 

Kota Bharu: Seorang kelindan warga Myanmar nyaris maut apabila lori satu tan membawa muatan besi buruk terjunam ke dalam anak sungai di bawah jambatan Kampung Banggol Kekwat, Kok Lanas, malam tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Lebih malang, pemandu lori berkenaan yang tidak cedera, bertindak melarikan diri selepas kejadian itu dan identitinya sedang dikenal pasti.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 8.15 malam.

See also  Kuasa Allah anak selamat selepas lima jam terapung di lautan

 

Katanya, seramai 12 anggota bomba dengan dua jentera digerakkan ke lokasi dan sebaik tiba, pihaknya mendapati terdapat satu mangsa tersepit di bahagian tempat duduk penumpang lori.

 

“Bomba mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan hidrolik cutter.

 

“Mangsa berusia 29 tahun parah di bahagian kepala sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam ini.

 

Operasi berkenaan diketuai, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Zawawi Yusoff.

See also  Video✓✓Sikap keras kepala Langgar lampu Merah  menyebabkan berlaku  perlanggaran

 

Fakaruddin berkata, mangsa mendakwa dia bersama seorang rakan iaitu pemandu lori sebelum kemalangan, tetapi sebaik lori terjunam, pemandu lori yang tidak cedera bertindak melarikan diri.

 

Beliau berkata, setakat ini identiti pemandu lori belum dikenal pasti.

 

“Berdasarkan pemeriksaan bomba, memang terdapat ruang untuk meloloskan diri di bahagian tempat duduk pemandu.

 

“Kami tetap buat pemeriksaan rapi ke atas lori remuk di dalam anak sungai di bawah jambatan itu walaupun keadaan agak gelap,” katanya.

See also  Detik Getir Bomba Selamatkan 5 dalam kereta terhumban ke tebing sungai

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2021 @ 11:48 PM

Nor Amalina Alias

am@hmetro.com.my

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemandu lari tinggal kelindan tersepit dalam lori " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156757
Users Today : 598
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23412
Users Last 30 days : 78843
Users This Month : 50482
Users This Year : 156756
Total Users : 156757
Views Today : 1096
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35509
Views Last 30 days : 121446
Views This Month : 77647
Views This Year : 240037
Total views : 240038
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares