AH LONG SIMBAH CAT, UGUT BAKAR RESTORAN

Rabu,10 Februari 2021

 

AH LONG SIMBAH CAT, UGUT BAKAR RESTORAN

 

JOHOR BAHRU

 

Seorang pemilik restoran masakan panas risau dan terkejut apabila ah long menyimbah cat dan mengugut membakar kedainya di Jalan Susur Masai Lama 1, Pusat Perniagaan Sri Saujana, Taman Saujana di sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pemiliknya, Azizan Inche Harun, 38, berkata, ini kerana dia tidak pernah meminjam atau berurusan dengan mana-mana ah long sejak membuka restorannya pada 2015.

 

Bekas pekerja saya yang meminjam duit dengan ah long menggunakan nombor telefon dan alamat restoran saya tanpa memaklumkan perkara ini. Semasa proses pinjaman itu ah long berkenaan tidak pernah membuat pengesahan dengan saya sama ada pekerja saya dikenali sebagai Nabil itu betul bekerja dengan saya.

 

Nabil meminjam dengan enam ah long berjumlah lebih RM10,000 tanpa pengetahuan saya. Dia mula bekerja pada September tahun lalu dan berhenti kerja tanpa sebarang notis pada 15 Disember tahun lalu.

See also  Rakaman Peniaga pukul kepala pembeli kerana persoal harga minuman

 

Nabil, 26, merupakan kawan sekampung saya di Kampung Panchor, Gunung Bachok, Kelantan. Saya sudah pun membuat dua laporan di Balai Polis Johor Jaya pada 16 Januari dan 9 Februari lalu,” katanya ketika ditemui di restorannya, hari ini.

 

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Sinar Harian selama 10 tahun bermula 2008 berkata, ugutan yang diterima bukan sahaja restorannya dibaling dengan cat merah, malah menerusi notis ditampal di pintu kedai dan pesanan suara menerusi WhatsApp.

Ugutan terbaharu diterimanya daripada seorang ah long pada malam Selasa yang memaksanya membayar hutang pinjaman Nabil berjumlah RM5,000.

See also  [Video] Kejadian mencuri bateri kereta berjaya digagalkan

 

Saya minta ah long supaya cari Nabil di kampung sebab dia yang pinjam, bukan saya. Alamat dalam kad pengenalan pun ah long ada pegang, tetapi tetap ugut mahu bakar restoran saya sekiranya tidak bayar hutang Nabil sebanyak RM5,000.

 

Sebelum ini Nabil ambil alamat dan gambar restoran saya sebelum memberikannya kepada ah long sebagai bukti dia bekerja di sini. Selepas dia tidak bekerja lagi dengan saya, Nabil terus membuat pinjaman di kampung dan melakukan perkara sama, menggunakan nombor telefon dan alamat restoran ini untuk meminjam.

 

Sejujurnya saya rasa sangat tertekan kerana dengan keadaan sekarang, perniagaan kurang sambutan ditambah dengan masalah ah long yang saya tidak pinjam pun wang mereka,” katanya.

 

Dia kini takut untuk berniaga berikutan bimbang dengan keselamatan anak kecilnya serta pekerja lain.

See also  Anjing K9 antara 139 penerima anugerah Ketua Polis Johor

 

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Pasir Gudang, Syed Othman Syed Abdullah meminta pihak polis segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ah long itu sebelum kejadian bertambah buruk.

 

Ini kerana ah long tersebut bertindak seolah-olah negara ini tidak ada undang-undang. Harap polis tegas dalam isu ini kerana melibatkan ugutan serius,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " AH LONG SIMBAH CAT, UGUT BAKAR RESTORAN " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133152
Users Today : 1547
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20464
Users Last 30 days : 69167
Users This Month : 26877
Users This Year : 133151
Total Users : 133152
Views Today : 2442
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31785
Views Last 30 days : 108127
Views This Month : 41761
Views This Year : 204151
Total views : 204152
Who's Online : 2
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares