Dua nasi campur RM38 di Kota Bharu, pelanggan terkejut

*Dua nasi campur RM38 di Kota Bharu, pelanggan terkejut*

 

_Sepasukan pegawai KPDNHEP Kelantan bertindak demikian selepas menerima aduan daripada seorang pengadu yang membeli dua nasi bungkus dengan harga RM38 di sebuah kedai menjual nasi di sini tiga hari lalu_

 

KPDNHEP Kelantan

1O February 2O21

 

KOTA BHARU: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP Kelantan akan terus mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga & Antipencatutan 2011 ke atas kesalahan premis yang gagal mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual.

 

Sepasukan pegawai KPDNHEP Kelantan bertindak demikian selepas menerima aduan daripada seorang pengadu yang membeli dua nasi bungkus dengan harga RM38 di sebuah kedai menjual nasi di sini tiga hari lalu.

See also  Ekonomi Covid19 Ramai jual motor, ‘pajak’ geran di kedai

 

Menurut Pengarah KPDHEP Kelantan, Adnan Abdul Rahman, pegawai penguat Kuasa KPDNHEP Kota Bharu telah bertindak menyiasat aduan tersebut di premis yang diadukan dan hasil siasatan dijalankan mendapati tiada tanda harga dipamerkan di premis berkenaan terhadap jualan makanan.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Satu tindakan kes diambil di bawah Akta Kawalan Harga & Antipencatutan 2011 ke atas kesalahan premis gagal mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual.

 

“Sebelum itu satu aduan awam daripada pengguna telah diadukan kepada KPDNHEP Kota Bharu berkaitan satu premis tidak meletakkan tanda harga pada makanan yang dijual di Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.

See also  Penangan pil kuda pukul bapa saudara hingga parah

 

“Pengadu membayar sebanyak RM38 dan pengadu tidak berpuas hati dengan harga pembelian tersebut kerana harga terlalu tinggi dan tiada tanda harga dipamerkan,” jelasnya.

 

Pengadu kemudiannya tampil ke pejabat KPDNHEP dengan membuat aduan rasmi berkaitan pengaduan tersebut berserta bukti pembelian dari premis yang diadukan.

 

Susulan itu kedai makan terbabit telah dikompaun kerana tidak meletakkan tanda harga pada barangan dijual.

 

Beliau menjelaskan untuk rekod sebanyak 44 kes di bawah Akta Kawalan Harga & Antipencatutan 2011 dilaporkan dari Januari 2021 hingga hari ini.

 

KPDNHEP memberi amaran kepada semua peniaga agar mempamerkan tanda harga supaya pengguna boleh membuat pilihan dan perbandingan sebelum pembelian.

See also  60,000 tan minyak bersubsidi dirembat oleh peniaga makanan

 

Pengguna juga katanya boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan KPDNHEP Kelantan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan yang tegas keatas premis-premis yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

 

https://www.google.com.my/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-nasi-campur-rm38-di-kota-bharu-pelanggan-terkejut-282067%3famp=1

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dua nasi campur RM38 di Kota Bharu, pelanggan terkejut " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146647
Users Today : 3096
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21953
Users Last 30 days : 78045
Users This Month : 40372
Users This Year : 146646
Total Users : 146647
Views Today : 4391
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33448
Views Last 30 days : 119664
Views This Month : 61578
Views This Year : 223968
Total views : 223969
Who's Online : 31
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares