Kaum wanita minta disebat hingga bermandi darah, agar menjadi pilihan lelaki untuk dikahwini

Kaum wanita minta disebat hingga bermandi darah, agar menjadi pilihan lelaki untuk dikahwini

 

Mastika

February 9, 20210432

 

Hamar ialah salah satu suku yang mendiami bahagian Selatan Ethiophia. Mereka mendiami wilayah Omo River Valley serta beberapa buah perkampungan tradisional di Turmi dan Dimeka. Jumlah masyarakat suku ini dikirakan sekitar 42,000 orang, menjalani kehidupan berpoligami dan separuh nomad.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Daripada segi penampilan, kaum ini mudah dikenali dengan ciri-ciri khas di mana gelang berwarna-warni serta manik-manik dikenakan pada rambut dan sekitar pinggang. Bagi lelaki, badan mereka dilumurkan dengan kapur putih. Manakala untuk wanita pula biasanya memakai rantai melingkar di leher, menunjukkan bahawa mereka telah berkahwin. Dan wanita yang mengenakan tiga jenis rantai di leher menandakan isteri pertama yang berstatus tinggi.

 

Terdapat satu budaya aneh yang dipraktikkan oleh suku kaum Hamar ini, iaitu tradisi sebatan. Lebih aneh, yang disebat dan sanggup menahan kesakitan itu adalah kaum wanita.

 

Eric Lafforgue, seorang jurukamera dari Perancis yang pernah tinggal bersama suku Hamar mendedahkan bahawa masyarakat tersebut masih mengamalkan budaya keras itu. Menurut beliau, perempuan dari suku tersebut tidak seperti wanita-wanita lainnya. Kehidupan mereka boleh dikatakan sukar.

See also  Arab Saudi lanjut sekatan penerbangan komersial

 

Dalam tradisi suku Hamar, kaum wanita dilayan sekerasnya seperti seorang lelaki di mana mereka akan disebat dengan kayu berduri. Sebatan itu bukan sekali, tetapi berkali-kali sehingga kulit mereka terkoyak, menampakkan isi, berdarah dan meninggalkan parut tebal.

 

Kenapa mereka diperlakukan sebegitu?

 

Difahamkan, golongan lelaki Hamar bebas mengamalkan poligami di mana mereka dibolehkan memiliki isteri lebih daripada satu. Setiap kali tiba sesi memilih bakal isteri, kaum wanita akan dipukul sekuat-kuatnya dengan kayu khas oleh sekumpulan lelaki dikenali sebagai ‘Maza’.

 

Sebatan itu biasanya dilakukan di bahagian punggung dan belakang badan wanita itu secara berterusan sehingga berdarah. Dan ketika amalan itu berlangsung, tiada siapa dibenarkan menjerit, menangis atau merayu untuk tidak dipukul. Mereka juga diberi amaran supaya tidak melarikan diri sepanjang proses sebatandilakukan.

 

Atas sebab itulah mengapa wanita-wanita suku Hamar dilihat hanya berdiam diri dan membiarkan sahaja diperlakukan seperti itu. Bukan kerana mereka kebal, tetapi tradisi memaksa mereka berbuat begitu. Ini kerana lelaki Hamar tidak tertarik pada wanita manja, lemah, lembik, mengada-ada, kuat melatah atau banyak songeh. Mereka hanya mahukan wanita yang kuat untuk dijadikan bakal isteri.

See also  Broker wanita pukul bunuh kucing direman 4 hari

 

Disebabkan itu juga, wanita dari suku berkenaan terpaksa bersaing sesama sendiri. Siapa paling kuat dan mampu bertahan dalam penyeksaan itu, dialah yang akan bakal menjadi pilihan lelaki Hamar. Dalam hal ini, mereka berusaha untuk menunjukkan kekuatan masing-masing, bukan sahaja ingin diperisterikan tetapi juga mahu menjadi isteri pertama.

 

Wanita Hamar berlumba-lumba untuk menjadi isteri pertama kepada bakal suami mereka. Sebabnya, siapa yang menjadi isteri pertama dianggap bertuah dan istimewa lantaran memiliki status tinggi dalam masyarakat.

 

Berbeza pula nasib isteri kedua atau ketiga di mana mereka menjadi orang suruhan isteri pertama. Mereka juga dilayan seperti hamba, melakukan tugas seperti mengambil air, memasak, menjaga anak dan pelbagai kerja berat lain.

 

Kini, sebatan atau pukulan tidak hanya menjadi sebahagian daripada ritual, tetapi juga sering berlaku dalam kehidupan seharian. Isteri akan teerus menerus disebat sehinggalah si isteri melahirkan setidak-tidaknya dua orang anak.

 

Terasa kejam, bukan? Tetapi anda jangan terkejut jika dikatakan kebanyakan wanita ini disebat bukan atas dasar paksaan, sebaliknya ia adalah atas kerelaan mereka sendiri. Lebih mengejutkan, ada yang berebut-rebut minta disebat dan merayu untuk terus diperlakukan sebegitu sehingga berdarah.

See also  Video✓✓Polis cari dua lelaki bergaduh depan kedai

 

Sampai begitu sekali mereka meminta agar disebat. Tujuannya? Kerana wanita Hamar ingin mendapatkan parut di badan. Bagi mereka, tubuh yang dipenuhi parut tebal adalah lebih seksi, cantik dan menarik.

 

Sesetengah wanita di sana cuba untuk mendapatkan parut di badan mereka sebelum berkahwin. Manakala yang lain pula memilih untuk melakukan hal menyakitkan itu selepas mendirikan rumah tangga.

 

Parut yang kekal itu adalah sesuatu yang cantik dan menawan bagi mereka di sana. Dan lelaki Hamar akan lebih tertarik pada wanita yang mempunyai parut pada badannya. Sebab itu mereka sanggup dipukul sedemikian rupa sehingga bermandi darah.

 

Sayang sekali kerana kaum wanita seharusnya dilindungi dan disayangi. Tetapi sebaliknya yang berlaku pada suku kaum ini.

 

#mastika

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kaum wanita minta disebat hingga bermandi darah, agar menjadi pilihan lelaki untuk dikahwini " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139630
Users Today : 806
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21759
Users Last 30 days : 74286
Users This Month : 33355
Users This Year : 139629
Total Users : 139630
Views Today : 1107
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33755
Views Last 30 days : 114922
Views This Month : 51497
Views This Year : 213887
Total views : 213888
Who's Online : 33
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares