Pemandu wanita buat pusingan U di lampu isyarat didenda RM5,500

Pemandu wanita buat pusingan U di lampu isyarat didenda RM5,500

 

Kuala Lumpur

 

Seorang wanita yang tular di laman sosial baru-baru ini kerana memandu secara tidak cermat dengan membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat Taman Bersatu, Rawang sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera parah didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu ke atas peniaga dalam talian, Nor Haity Muhamad Aziz, 36, selepas tertuduh mengaku bersalah.

 

Mahkamah turut memerintahkan ibu kepada tiga anak itu menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda.

 

Mengikut pertuduhan, Nor Haity memandu kereta Proton Persona di atas jalan raya dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa terhadap orang lain di persimpangan lampu isyarat di Taman Bersatu, Rawang dekat sini pada 4.30 petang 7 Februari lalu.

See also  Anak jantan ke macam tu, polis cari pandai pula menyorok

 

Dia didakwa mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 12 bulan atau denda minimum 5,000 dan maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana mangsa dalam kes itu cedera parah akibat kemalangan itu.

 

Dalam kes ini, tertuduh tidak memiliki lesen memandu dan dia sepatutnya tidak boleh memandu kereta tanpa lesen,” katanya.

 

Nor Haity, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan suaminya tidak bekerja manakala dia hanya berniaga dalam talian untuk menyara keluarga dan tiga anak mereka yang masih kecil.

See also  Detik Getir Bomba Selamatkan 5 dalam kereta terhumban ke tebing sungai

 

Menurut fakta kes, kemalangan itu berlaku semasa mangsa sedang menunggang motosikal jenis SYM dari arah pekan Rawang menghala ke rumahnya di Taman Tun Teja, Rawang apabila secara tiba-tiba, sebuah kereta dari arah bertentangan telah membuat pusingan U di tempat kejadian.

 

Berikutan itu, mangsa seorang wanita berusia 23 tahun tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian hadapan kiri kereta itu serta mengalami kecederaan parah iaitu patah kaki kanan dan tangan kiri selain luka di bahagian badan.

See also  Diarah bekerja walaupun 100 pekerja positif Covid-19

 

Media sebelum ini melaporkan video berdurasi 21 saat yang memaparkan sebuah motosikal merempuh sebuah kereta yang secara tiba-tiba membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat di lokasi itu tular di laman sosial.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2021 @ 4:54 PM

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemandu wanita buat pusingan U di lampu isyarat didenda RM5,500 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133166
Users Today : 1561
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20478
Users Last 30 days : 69181
Users This Month : 26891
Users This Year : 133165
Total Users : 133166
Views Today : 2484
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31827
Views Last 30 days : 108169
Views This Month : 41803
Views This Year : 204193
Total views : 204194
Who's Online : 4
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares