Geng 18 dan 21 merusuh, empat lelaki ditahan

Geng 18 dan 21 merusuh, empat lelaki ditahan

 

KLANG – Polis memberkas empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian merusuh oleh dua kumpulan iaitu Geng 18 dan 21 di taman perumahan di Klang Utama, di sini pada Jumaat lalu.

 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kesemua suspek berusia antara 20-an hingga 40-an ditahan reman selama empat hari bermula Isnin hingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Semakan mendapati, kesemua suspek yang ditangkap itu mempunyai rekod jenayah melibatkan kes kekerasan, samun dan mendatangkan cedera,” katanya melalui kenyataan pada Selasa.

See also  ????????????Polis tahan 14 individu kes gaduh dua geng di Cheras

 

Nurulhuda berkata, siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada ketidakpuasan hati kedua-dua kumpulan kerana melaporkan kejadian gaduh melibatkan kumpulan lain menyebabkan rakan mereka telah ditangkap dan dipenjarakan.

 

Beliau berkata, polis masih mengesan beberapa suspek yang masih bebas yang terlibat secara langsung di dalam kes tersebut.

 

“Kita meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan empat lelaki dikenali sebagai Daniel Arvind Peter, 23, V Mahendran, 38, G Balamurugan, 27, dan G Navaratnam, 29, boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

See also  Lelaki tunjuk kemaluan kepada tiga wanita ditahan

 

Nurulhuda memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 326/148 Kanun Keseksaan.

 

Pada Jumaat lalu, polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki berusia 59 tahun yang mendakwa anaknya ditetak ketika berada di luar rumah oleh sekumpulan lelaki pada jam 4 pagi.

 

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan luka di tangan, kepala dan badan akibat diserang dengan menggunakan senjata tajam.

See also  Kongsi Gelap Geng 18 Batu 14 Puchong memeras ugut di pub

 

09 Feb 2021

AHMAD ISMADI ISMAIL

Video: Media sosial

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Geng 18 dan 21 merusuh, empat lelaki ditahan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156153
Users Today : 943
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24548
Users Last 30 days : 79977
Users This Month : 49878
Users This Year : 156152
Total Users : 156153
Views Today : 1713
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37225
Views Last 30 days : 123267
Views This Month : 76544
Views This Year : 238934
Total views : 238935
Who's Online : 7
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares