Bapa tiri ditahan dera kanak-kanak perempuan 4 tahun hingga mati

Bapa tiri ditahan dera kanak-kanak perempuan 4 tahun hingga mati

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Bernama

Februari 12, 2021 21:34 MYT

Gambar hiasan

 

TAMPIN: Helah seorang lelaki membawa anak tirinya ke klinik kerana mengalami kekejangan terbongkar selepas dia ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu sehingga maut, dalam kejadian pada 1 Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 9 Februari lepas kira-kira pukul 10 malam di hadapan balai polis ketika menunggu isteri dan seorang lagi anak tirinya berumur sembilan tahun yang dipanggil memberi keterangan.

 

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori simen itu ditahan selepas pendedahan abang mangsa kepada polis bahawa adiknya kerap dipukul oleh bapa tirinya.

See also  Jika begini caranya tak perlu jadi manusia pun

“Pada malam kejadian, abang mangsa mendengar bunyi kuat seperti pukulan dan suaranya menangis dalam bilik tidur bapa tirinya. Pada subuh, mangsa dikatakan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke klinik.

 

“Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia setibanya di klinik walaupun diberi bantuan pernafasan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anuwal berkata, polis menerima laporan daripada doktor bertugas di Klinik Kesihatan Gemas mengenai seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia pada 1 Februari lepas.

See also  Warga asing cuba rempuh polis ditahan

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala, kesan lebam di pergelangan tangan dan kaki di kedua-dua belah serta kesan gigitan di badan mangsa, selain tiga tulang rusuk kirinya patah.

 

 

“Pakar gigi dari Hospital Kuala Lumpur juga mengesahkan terdapat tiga kesan gigitan gigi dewasa iaitu di tangan kanan, bahu kanan dan pergelangan tangan kanan si mati dan forensik mengesahkan punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat benda tumpul,” katanya.

Anuwal berkata, suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi.

See also  Upacara lantik samseng baru menyebabkan berlakunya kes dera di Sekolah Menengah Teknik Cheras Kuala Lumpur (1988)

 

“Suspek kini direman bermula 10 Februari hingga Selasa depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak- Kanak 2001,” katanya. – Bernama

#bapa tiri#dera#Kanak-kanak#empat tahun#mati#maut#meninggal dunia#Tampin#dipukul#kecederaan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bapa tiri ditahan dera kanak-kanak perempuan 4 tahun hingga mati " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149601
Users Today : 1208
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22103
Users Last 30 days : 79323
Users This Month : 43326
Users This Year : 149600
Total Users : 149601
Views Today : 1682
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33347
Views Last 30 days : 121507
Views This Month : 66098
Views This Year : 228488
Total views : 228489
Who's Online : 23
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares