Bonus ikut prestasi, beban kerja punca pekerja J&T protes

Bonus ikut prestasi, beban kerja punca pekerja J&T protes

 

Oleh NOR IDAYU BOSRO

12 Februari 2021, 1:21 pm

 

PUTRAJAYA – Pemberian bonus berdasarkan prestasi dan bebanan kerja dipercayai menjadi antara punca beberapa pekerja bahagian penghantaran serta dari bahagian gudang syarikat J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd. di Perak bertindak menguruskan pemunggahan bungkusan secara kasar sehingga insiden itu tular di laman sosial baru-baru ini.

 

Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkata, siasatan pihaknya mendapati pekerja terutamanya di bahagian penghantaran bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan perubahan struktur bayaran komisen secara unilateral yang akan menyebabkan pendapatan mereka berkurangan.

See also  Wanita terkilan terima bungkusan koyak, telefon pintar dibeli secara ‘online’ untuk kegunaan PdPR anak lesap

 

Menurut KSM, pekerja-pekerja di bahagian gudang pula bertindak sedemikian sebagai protes terhadap majikan berikutan bebanan kerja yang dialami susulan peningkatan bungkusan secara mendadak.

 

“Pihak majikan memaklumkan bahawa isu berhubung kejadian pekerja memunggah bungkusan secara kasar telah selesai dan ia berlaku disebabkan salah faham.

 

“Pihak J&T telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada para pelanggan serta menjelaskan tentang sistem pemberian bonus kepada kakitangan yang menjadi punca ketidakpuasan hati kakitangan syarikat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/02/07/tujuh-pekerja-jt-perak-lempar-barang-mohon-maaf/

 

KSM berkata, para majikan digesa supaya sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak pekerja terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perubahan yang melibatkan kepentingan pekerja.

See also  Hilang punca pendapatan, 6 beranak tinggal dalam bot usang

 

“Ini bagi memastikan keharmonian perusahaan yang dinikmati pada hari ini serta kebajikan pekerja akan terus berkekalan dan terpelihara,” katanya.

 

Pada 4 Februari lalu, satu video mengenai tindakan beberapa pekerja syarikat kurier, syarikat J&T Express Perak yang menguruskan pemunggahan bungkusan secara kasar tular di media sosial.

 

Susulan itu, KSM telah menjalankan siasatan terhadap premis perniagaan syarikat terbabit yang terletak di Perak, Melaka, Johor dan Selangor.

 

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan tujuh pekerja syarikat kurier J&T Express Perak membuat permohonan maaf kerana menjejaskan nama pihak syarikat dan menjejaskan barang-barang pengguna.

See also  Video@kes naya dengan Selamba mencuri barang Raider J&T

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pada masa sama, J&T Express Malaysia Perak dalam kenyataannya turut meminta maaf atas sikap pekerja mereka dalam mengagihkan bungkusan dengan ganas dan tidak menyenangkan.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bonus ikut prestasi, beban kerja punca pekerja J&T protes " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

140050
Users Today : 1226
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22179
Users Last 30 days : 74706
Users This Month : 33775
Users This Year : 140049
Total Users : 140050
Views Today : 1705
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34353
Views Last 30 days : 115520
Views This Month : 52095
Views This Year : 214485
Total views : 214486
Who's Online : 36
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares