PDRM siasat anggota polis soal gadis tak pakai bra di SJR

Anggota polis ‘kantoi’ minta wanita tunjuk payudara untuk elak disaman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dakwaan dua wanita yang diganggu anggota polis dalam sekatan jalan raya (SJR) termasuk gangguan seksual baru-baru ini.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menurut Pengarah Jabatan Intergriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, pihaknya telah memanggil kedua-dua wanita terbabit untuk membantu pihak JIPS menjalankan siasatan.

 

Kesalahan seperti dinyatakan itu adalah kesalahan tatakelakuan yang serius kerana ia boleh mencemarkan imej PDRM,” katanya.

 

Beliau turut mengingatkan pegawai dan anggota polis yang sedang bertugas agar bersikap profesional dan tidak membuat sesuatu perkara atau percakapan tiada kaitan dengan tugas rasmi.

 

Terdahulu, salah seorang daripada wanita itu, yang berusia 24 tahun mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang anggota polis ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat.

See also  Pembeli berdepan denda RM2,000 beli jualan di lampu isyarat

Perkara itu didedahkan pemilik akaun Twitter @Sabiyusof yang menjadi tular sejak semalam.

 

Jelasnya, kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 malam ketika dalam perjalanan dari ibu negara ke Shah Alam.

 

“Saya dalam perjalanan menghala ke (lebuh raya) NKVE melalui Jalan Duta, saya tidak bawa lesen memandu ketika itu sebab selalu tukar dompet jadi hari itu saya rushing (tergesa-gesa).

 

“Ketika melalui SJR pada jam 7.15 malam, saya diarah untuk memandu kenderaan ke bahu jalan.

 

“Saya tunjuk surat (kebenaran majikan) melalui telefon, jadi ada seorang pegawai nak tengok lesen memandu. Ketika itu saya kelam-kabut cari lesen memandu, tetapi saya bagi kad pengenalan saya,” katanya

See also  Pemandu kereta tular langgar penunggang motosikal di lampu isyarat tampil buat laporan

 

Jelasnya, salah seorang anggota yang berada di lokasi kejadian mengambil kad pengenalannya untuk diperiksa. Bagaimanapun, seorang lagi anggota polis datang dan mendekati kenderaannya.

 

“Jadi seorang pegawai polis ini datang dekat cermin (kereta) dan cakap ‘seriuslah you tak pakai bra, cuba tunjuk. Kalau tunjuk, I tidak saman you’.

 

“Lepas itu, dia bertegas juga nak tukar nombor telefon walaupun saya dah cakap saya tak selesa. Dia bagi telefon bimbit dia dan minta saya buat panggilan dekat telefon dia untuk tentukan betul itu nombor saya,” katanya dalam ciapan Twitter itu.

 

Bagaimanapun, dia kemudiannya dibenarkan beredar dari SJR itu selepas disaman.

Tambahnya lagi, tindakan anggota terbabit tidak terhenti di situ, sebaliknya telah menelefonnya kira-kira jam 8 malam dan bertanyakan perkara yang sama.

See also  Remaja lempar kucing menangis ketika ditahan polis

 

“Lepas balik jam 8 malam, dia call untuk sahkan itu dia dan dia sekali lagi maklumkan saya tidak pakai bra. Dia ajak saya keluar dan tawarkan diskaun saman sebagai ‘syarat berkawan’,” jelasnya lagi.

 

Difahamkan mangsa telah membuat laporan polis di Shah Alam pada Sabtu berhubung kejadian itu.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " PDRM siasat anggota polis soal gadis tak pakai bra di SJR " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156132
Users Today : 922
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24527
Users Last 30 days : 79956
Users This Month : 49857
Users This Year : 156131
Total Users : 156132
Views Today : 1678
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37190
Views Last 30 days : 123232
Views This Month : 76509
Views This Year : 238899
Total views : 238900
Who's Online : 7
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares