Polis siasat anggota PDRM mesej wanita selepas tahan di sekatan jalan

Polis siasat anggota mesej wanita lepas tahan di sekatan jalan

 

Polis sedang menyiasat berhubung kejadian seorang anggota polis yang dikatakan mengambil maklumat peribadi seorang wanita di sekatan jalan sebelum mengirim mesej untuk “berkenalan”.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam ciapan di Twitter, akaun rasmi polis, @PDRMsia membalas ciapan yang dikirim akaun @nnnadzifah, yang menceritakan kejadian itu.

 

“Salam hormat saudari. Kami mengambil maklum isu tular ini. Pohon saudari nyatakan hari, waktu dan lokasi tepat sekatan jalan raya yang dimaksudkan bagi tujuan semakan lanjut kami. Terima kasih,” tulis ciapan balas akaun Twitter polis itu.

See also  29 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 17,170

 

Wanita itu sebelum ini menceritakan bahawa dia ditahan di sekatan jalan di mana seorang anggota polis yang bertugas menahannya dan mencatat maklumat peribadinya termasuk nombor telefon.

 

Selepas memaklumkan dia hendak pergi membeli barang, dia dibenarkan beredar. Namun, menurutnya, dia kemudian dihubungi oleh seseorang yang mendakwa merupakan anggota polis yang menahannya di sekatan jalan tadi.

 

Bertanya kenapa dia dihubungi, balasan yang diterima adalah: “Sajalah, nak kenal, boleh?”

 

Dalam ciapan berasingan, @nnnadzifah berkata dia tidak menyangka ciapannya sebelum ini mendapat perhatian sehinggan diulang ciap lebih 15,000 kali, termasuk oleh wanita lain yang berkongsi pengalaman peribadi mereka dengan anggota polis atau orang lain yang didakwa bertindak seumpamanya.

See also  Ditahan keluar tengah malam cari susu untuk anak usia sehari, bapa akui lupa SOP

 

“Saya tidak menyangka perkara ini akan menjadi seserius ini.

 

“Saya tidak memadam (ciapan sebelum ini) kerana saya ingin memberikan maklumat untuk PDRM dari pengalaman orang lain (yang mereka kongsi melalui ciap balas)” katanya.

 

“Orang ramai boleh berhenti menanda PDRM kerana mereka menyedari perkara ini dan mereka sedang menyiasat,” katanya.

See also  Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 20,889

 

  1. Namun, ada juga orang lain yang mempertahankan tindakan itu sebagai keikhlasan anggota polis itu berkenalan dengan wanita berkenaan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis siasat anggota PDRM mesej wanita selepas tahan di sekatan jalan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124420
Users Today : 3843
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22092
Users Last 30 days : 69765
Users This Month : 18145
Users This Year : 124419
Total Users : 124420
Views Today : 5783
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33562
Views Last 30 days : 108266
Views This Month : 27675
Views This Year : 190065
Total views : 190066
Who's Online : 13
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares