PATI buat kegiatan penyembelihan dan pasar basah haram di tingkat atas lot kedai. 

PATI buat kegiatan penyembelihan dan pasar basah haram di tingkat atas lot kedai.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Perniagaan yang dikendalikan 6 pendatang asing tanpa izin dari Bangladesh itu bukan saja dibuat secara haram, malah turut dijalankan dalam keadaan kotor dan busuk.

 

Penemuan dibuat apabila lot rumah kedai di Amanjaya, Sungai Petani itu diserbu oleh pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia.

 

Dalam serbuan itu, enam lelaki Bangladesh berkenaan didapati menjadikan premis berkenaan sebagai tempat penyimpanan ayam hidup sebelum disembelih sekali gus menyebabkan keadaannya kotor dan menjijikan.

Selain itu, kedai runcit itu juga turut menjual sayur-sayuran, ikan dan barang basah selain barangan runcit dan pakaian juga dijual di premis yang sama.

See also  Bangladesh hantar kumpulan ketiga pelarian Rohingya ke Bhasan Char

Pengarah JIM Kedah Zuhair Jamaludin berkata, mereka itu ditahan dalam Op Sapu yang bermula pada 5 petang hingga 11 malam membabitkan 17 pegawai dan anggota dari Unit Aduan, Risikan dan Operasi JIM Kedah.

 

Menurutnya, operasi dijalankan di sembilan lokasi di daerah ini dan pemeriksaan dilakukan terhadap 49 warga asing dari pelbagai negara.

 

“Kesemua warga Bangladesh berusia 22 hingga 35 tahun itu didapati tidak memiliki sebarang dokumen sah untuk berada di negara ini dan tinggal lebih masa selepas tamat pas yang dikeluarkan.

 

“Siasatan mendapati premis itu disewakan oleh orang tempatan kepada warga asing untuk mengaut keuntungan mudah.

See also  Tentera boleh buat tangkapan Kuala Lumpur: Perdana Menteri

 

“JIM akan membuat siasatan terperinci terhadap pemilik premis dan pemilik lesen perniagaan yang membenarkan atau menyewakan kepada warga asing bagi tujuan perniagaan terbabit.

 

“Ketika pemeriksaan dilakukan, kesemua suspek sedang bekerja di dalam premis itu termasuk sedang menyembelih dan memotong ayam, menjadi juruwang, penjual barangan basah dan runcit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Zuhair berkata, kes disiasat mengikut Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang diberikan.

 

Menurutnya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 59/63 tiada sebarang pas yang sah untuk berada di negara ini dan Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa selepas tamat pas yang dikeluarkan.

See also  Warga Asing Tapau habis Bisnes Flat PKNS JlnTun Razak KL

 

“Kesemua yang ditahan itu dibawa ke Klinik Kesihatan Daerah Kota Setar untuk menjalani saringan Covid-19 dan ditahan di lokap imigresen di Pejabat JIM Alor Setar.

 

“Mereka kemudiannya dihantar ke Depot Imigresen Belantik untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " PATI buat kegiatan penyembelihan dan pasar basah haram di tingkat atas lot kedai.  " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148517
Users Today : 124
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23823
Users Last 30 days : 79915
Users This Month : 42242
Users This Year : 148516
Total Users : 148517
Views Today : 161
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36447
Views Last 30 days : 122663
Views This Month : 64577
Views This Year : 226967
Total views : 226968
Who's Online : 22
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares