Gaduh kerana seorang wanita, sembilan lelaki ditangkap

Gaduh kerana seorang wanita, sembilan lelaki ditangkap

 

KUCHING: Angkara seorang wanita, sembilan lelaki ditangkap selepas terlibat dalam satu rusuhan di hadapan Chong Lin Plaza, Green Road petang Ahad.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata, kesemua suspek lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 35 tahun ditangkap di sekitar Kuching dan Padawan.

 

“Pada 14 Februari 2021 sekitar jam 5 petang di Chong Lin Plaza, Green Road, Kuching telah berlaku rusuhan antara dua pihak yang disyaki berpunca dari seorang wanita dan perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.

See also  Video✓✓Kereta milik pemandu langgar lari penunggang basikal disita

 

“Dalam kejadian tersebut mereka masing-masing bersenjatakan parang, rotan dan pedang samurai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Berikutan itu, tegasnya, polis telah melancarkan operasi menangkap kesemua mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut dan tangkapan pertama seawal jam 12.14 tengah malam di sekitar Kuching dan Padawan.

See also  {Video} Bomba berjaya selamatkan lelaki cuba terjun bangunan

 

“Seramai sembilan orang perusuh tersebut telah ditahan dan beberapa peralatan yang digunakan termasuk dua kereta telah dirampas,” jelas Awang Din.

 

Tambahnya, kesemua mereka akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

 

“Kes disiasat di bawah seksyen 148 kanun keseksaan,” ujarnya.

See also  Lelaki belasah pencuri ditangkap

 

Kes masih dalam siasatan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Gaduh kerana seorang wanita, sembilan lelaki ditangkap " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376408
Users Today : 3
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16508
Users Last 30 days : 61897
Users This Month : 3412
Users This Year : 376407
Total Users : 376408
Views Today : 3
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24892
Views Last 30 days : 95521
Views This Month : 5168
Views This Year : 579862
Total views : 579863
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-03
0Shares