Lelaki berjubah larikan tabung derma

Lelaki berjubah larikan tabung derma

 

SUNGAI PETANI: Lelaki ditahan selepas mencuri tabung derma pembinaan surau sekolah daripada sebuah kedai makan di Permatang Berangan di sini petang semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Kehilangan tabung derma mengandungi wang tunai RM250 yang diletakkan di kaunter bayaran di kedai itu disedari oleh seorang pekerja sebelum memaklumkan kepada majikannya.

 

Tabung derma itu milik Sekolah Kebangsaan Chepir, Sik dan hasil kutipan wang itu untuk pembinaan surau di sekolah berkenaan.

See also  CCTV Rakam 2 lelaki cuba ragut ditahan, 2 lagi diburu

 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda,Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kejadian itu berlaku pada pukul 2.30 petang semalam semasa pekerja di kaunter bayaran itu sibuk melayan pelanggan yang membuat bayaran.

 

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan lelaki terbabit yang berjubah dan berserban datang ke kedai itu menunggang motosikal sebelum menghampiri kaunter bayaran dan mengambil tabung berkenaan.

 

“Tindakan lelaki itu tidak disedari pekerja di kaunter bayaran kerana sibuk melayan pelanggan yang ramai ketika itu,” katanya.

See also  Wanita cedera ditikam pada paha dalam cubaan samun

 

Menurut Adzli, selepas tiga jam rakaman itu menjadi viral, seorang penghantar makanan terserempak dengan suspek sejauh lima kilometer dari lokasi kejadian sebelum bertindak menahan dan menyerahkannya kepada pihak polis.

 

“Penghantar makanan itu mengenali suspek berdasarkan rakaman CCTV berkaitan kejadian itu yang menjadi viral dan dilihatnya.

 

“Lelaki yang ditahan itu kemudiannya mengaku melarikan tabung berkenaan dan kini direman selama empat hari bermula hari ini,” katanya.

See also  Selamba curi tabung derma

 

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki berjubah larikan tabung derma " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148835
Users Today : 442
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24141
Users Last 30 days : 80233
Users This Month : 42560
Users This Year : 148834
Total Users : 148835
Views Today : 610
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36896
Views Last 30 days : 123112
Views This Month : 65026
Views This Year : 227416
Total views : 227417
Who's Online : 14
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares