[VIDEO] Pemilik jeruk mangga buat laporan polis

[VIDEO] Pemilik jeruk mangga buat laporan polis

 

PETALING JAYA- Pemilik Mangga Asam Boi Honeyy tampil membuat laporan polis semalam susulan penularan isu penjualan air kelapa oleh warga Rohingya yang menggunakan jenama produk itu.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Menerusi status Facebook dimuat naik pemilik produk jeruk itu, pihaknya menafikan sekerasnya terlibat dengan penjualan air kelapa oleh warga asing berkenaan.

 

See also  Ratusan pelarian Rohingya lari, cuba menyusup ke Malaysia

“Untuk makluman saya hanya menjual mangga asam boi di Seri Kembangan, Selangor saja, diharap kenyataan ini dapat menjernihkan nama baik perniagaan serta meredakan perasaan orang awam di Dungun dan Seri Kembangan.

 

“Saya amat berterima kasih kepada semua yang mengambil berat dan memaklumkan saya tentang isu ini,” katanya.

 

Sebelum ini, tular satu video berdurasi 3 minit 30 saat menunjukkan dua orang warga Rohingya menyediakan jualan air kelapa di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.

See also  PENDATANG ASING SEDUT SUBSIDI GAS RM3.5 JUTA SEBULAN

 

Video dipercayai dirakam di sekitar persimpangan jalan 16 Sierra, Puchong itu turut menunjukkan penyediaan air kelapa yang kotor serta diragui tahap kebersihan.

 

Kedua-dua individu itu turut menggunakan logo jualan pemilik Honey Asam Boi dengan menyertakan nombor telefon hingga mencetuskan kekeliruan pembeli. -K! ONLINE

See also  Tentera boleh buat tangkapan Kuala Lumpur: Perdana Menteri

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [VIDEO] Pemilik jeruk mangga buat laporan polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155676
Users Today : 466
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24071
Users Last 30 days : 79500
Users This Month : 49401
Users This Year : 155675
Total Users : 155676
Views Today : 764
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36276
Views Last 30 days : 122318
Views This Month : 75595
Views This Year : 237985
Total views : 237986
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares