S???????????????????? ???????????? ????????????????????, ???????????????????????????? ????????????????????-????????
Rujuk post sebelum ini :
KUCHING: Dua suspek kes pergaduhan di Jalan Green, di sini pada Ahad lepas disahkan positif COVID-19 hari ini selepas menjalani saringan pada Isnin (15 Feb).

“Kedua-dua suspek disahkan positif COVID-19 dan mereka telah diambil oleh KKM untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, beberapa anggota polis yang terbabit dalam pengendalian kes terbabit dari tiga Balai Polis iaitu Gita, Sekama dan Tabuan Jaya juga diarahkan menjalani saringan COVID-19 dan dikuarantin.
“Pagi ini, KKM telah datang ke tiga buah Balai Polis iaitu di Gita, Sekama serta Tabuan Jaya. Semua kontak rapat, polis iaitu anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), pengiring, penjaga lokap akan diuji dan diarahkan kuarantin,” katanya.
Sembilan lelaki suspek pergaduhan pada Ahad ditangkap polis pada hari berikutnya.
Siasatan awal polis mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan seorang wanita.
Bagaimanapun siasatan polis berhubung kejadian masih dijalankan.
▶️ Utusan Borneo Online
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Suspek kes gaduh berebut wanita, positif covid-19 " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.