{{VIDEO}} Polis tangkap pencuri panjat bumbung lari dikejar anjing

 

 

Kota Kinabalu: Bukan saja gagal memecah masuk sebuah rumah di Taman Khidmat, di sini, semalam, malah terpaksa memanjat bumbung selepas dikejar dua anjing peliharaan pemilik kediaman berkenaan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Itu nasib malang seorang penjenayah berusia 38 tahun yang akhirnya ditahan polis.

 

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, kehadiran suspek disedari pemilik rumah sebelum menghubungi polis.

 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai cuba memecah masuk ke rumah berkenaan.

See also  Gambar anak sakit disalah guna mohon derma

 

Bagaimanapun katanya, suspek dikejar dua anjing menyebabkan dia sukar melarikan diri dan terpaksa memanjat bumbung rumah.

 

“Kehadiran suspek disedari penghuni rumah berusia 65 tahun yang terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan segera.

 

“Sepasukan polis terus bergegas ke tempat kejadian sebelum berjaya menahan suspek dan membawanya ke Balai Polis Luyang untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

See also  Rakaman Individu bertengkar dalam video tular buat laporan polis

 

Habibi berkata, ketika ditahan, suspek turut didapati memegang sebatang besi.

 

Katanya, hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif syabu.

 

“Semakan turut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau di IPD Kota Belud, mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

 

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” katanya.

See also  Video Pergaduhan Cybercity seorang ditahan tujuh diburu

 

▶️Harian Metro

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {{VIDEO}} Polis tangkap pencuri panjat bumbung lari dikejar anjing " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156144
Users Today : 934
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24539
Users Last 30 days : 79968
Users This Month : 49869
Users This Year : 156143
Total Users : 156144
Views Today : 1698
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37210
Views Last 30 days : 123252
Views This Month : 76529
Views This Year : 238919
Total views : 238920
Who's Online : 6
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares