Dakwaan tidak benar bayar wang perlindungan kepada polis setiap bulan

Tular dakwaan bayar wang perlindungan kepada  polis setiap bulan tidak benar.

 

PETALING JAYA- Polis Subang Jaya menafikan dakwaan seorang pengguna Facebook yang mendakwa membayar polis setiap bulan untuk tidak mengganggunya.

 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, hasil siasatan mendapati akaun Facebook tersebut didaftarkan atas nama seorang wanita Indonesia, Maghifirotul Fitriyah.

See also  Empat lelaki ditahan gaduh di restoran Cheras

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Temubual bersama penama mendapati gambarnya telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam Facebook yang bukan miliknya.

 

“Penama Maghifirotul Fitriyah telah membuat laporan polis pada 17 Februari lalu membuat satu laporan polis bagi menafikan kenyataan yang dibuat didalam laman Facebook dan juga ada pihak tertentu yang menyalahgunakan gambar beliau bertujuan untuk memburuk-burukkan serta menjatuhkan imej PDRM khususnya dan khasnya Balai Polis Bandar Sunway,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

See also  {Video Tular} Polis siasat video tular ramai berkumpul, ziarah Aidilfitri

 

Jelas Abd. Khalid, pihaknya tidak berkompromi dengan sesiapa yang tidak bertanggungjawab bagi memburukkan dan mencemarkan imej polis.

 

“Tidak salah dalam keprihatinan masyarakat terhadap PDRM tetapi biarlah kenyataan yang dikeluarkan boleh memberi manfaat bersama,” ujarnya.

 

▶️ KOSMO! ONLINE

See also  Tularan pesakit COVID-19 lari dari HRPZ II palsu - Pengarah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dakwaan tidak benar bayar wang perlindungan kepada polis setiap bulan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156041
Users Today : 831
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24436
Users Last 30 days : 79865
Users This Month : 49766
Users This Year : 156040
Total Users : 156041
Views Today : 1427
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36939
Views Last 30 days : 122981
Views This Month : 76258
Views This Year : 238648
Total views : 238649
Who's Online : 1
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares