Selepas Ramai Marah, Brader Siap Buat Rakaman Mohon Maaf, Ayah Rani Terus Tampil Bagi Kata Kata Padu

Selepas Ramai Marah, Brader Siap Buat Rakaman Mohon Maaf, Ayah Rani Terus Tampil Bagi Kata Kata Padu

 

KUALA LUMPUR – Permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia tidak mencukupi bahkan individu yang mempermainkan sentimen agama Islam perlu ditangkap, dihadapkan ke mahkamah dan dihukum sebagai pengajaran kepada orang lain.

 

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menegaskan, meskipun sudah ada permohonan maaf disiarkan kepada umum, namun pihak polis perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelaku terlibat.

 

“Hari ini dapat pula video minta maaf pula. Minta maaf bukan kepada media, kamu kena tangkap dulu, siasat dulu, kena hukum dahulu kepada orang yang menghina.

 

 

See also  {DashCam} Wanita maut, anak parah dirempuh Toyota Hilux langgar lampu merah

“Mungkin hukuman dia ringan kalau boleh beratlah, penjara 20 tahun, sebatan 20 kali dan denda RM 1 juta baru ada pengajaran.

 

“Jangan sentuh, jangan usik, jangan permainkan agama kalau kamu mahu senang,” katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.

 

Terdahulu Abdul Rani bersama Gabungan NGO MJMM dan Insan Rakyat Muslim Malaysia (IRIM) membuat laporan polis terhadap seorang individu yang tidak dikenali memuat naik video dan bercakap bahasa Tamil mendakwa mengahwini wanita Islam dan telah murtad.

 

 

Video berdurasi tiga minit 11 saat itu dipercayai dirakam sendiri oleh seorang individu mendakwa mengahwini seorang wanita Islam dengan tujuan untuk memurtadkannya.

 

 

Dalam pada itu, Abdul Rani Kulup berkata, tindakan itu bukan sahaja menghina Islam bahkan telah menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

 

“Rakyat Malaysia berasa marah apabila memainkan sentimen agama, jangan usik agama, jangan usik sentimen agama, jangan usik agama Islam, kalau kamu mahu senang.

 

“Kenapa nak vlral nak mengajak orang terutamanya wanita kahwin dengan bukan Islam tapi tak mahu tukar agama, tapi keluar negara dimurtadkan,” katanya.

 

Menurutnya, dalam keadaan rakyat sedang berdepan dengan pan.demik C0vid 19, tindakan itu menambahkan kegusaran apabila Islam sekali lagi dipermainkan dan diusik oleh bukan Islam.

 

“Dia menghina agama Islam, dia menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW. Apa niat sebenar kamu.

 

“Islam adalah agama Persekutuan kerana bab agama di bawah Yang di-Pertuan Agong, Institusi DiRaja, Raja-Raja Melayu.

 

“Jangan bermain dan meniup sentimen perkauman dan keagamaan yang boleh mengakibatkan rakyat jadi marah dan bergaduh,” katanya lagi.

 

Kredit : MalaysiaGazette

 

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Selepas Ramai Marah, Brader Siap Buat Rakaman Mohon Maaf, Ayah Rani Terus Tampil Bagi Kata Kata Padu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370485
Users Today : 2248
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14666
Users Last 30 days : 65891
Users This Month : 59503
Users This Year : 370484
Total Users : 370485
Views Today : 3111
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21881
Views Last 30 days : 101491
Views This Month : 91658
Views This Year : 570724
Total views : 570725
Who's Online : 19
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares