Penjara enam bulan jika ekzos kenderaan ‘bising’

Penjara enam bulan jika ekzos kenderaan ‘bising’

 

 

Kuala Lumpur: Mana-mana kenderaan yang didapati bersalah mengubahsuai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara sehingga enam bulan.

 

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, mereka juga boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, jika disabitkan.

 

“Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.

See also  Terengganu banjir lagi

 

“Ia juga perlu dipastikan tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising. Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Selain itu, Azisman berkata, mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa untuk menyita motosikal tersebut dengan tujuan untuk mengelakkan daripada kesalahan berulang.

 

Katanya, polis boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemiliknya mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan berkenaan tidak berlaku lagi.

See also  Wanita cedera akibat tikam diri sendiri, bukan disamun

 

“Penggunaan ekzos bising ini menjadi trend semasa golongan muda kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan motosikal dan juga mencantikkan fizikal motosikal tersebut.

 

“Pihak JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan jabatan dan agensi yang lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya.

 

Justeru, beliau mengingatkan semua pemilik kenderaan bukan sahaja pemilik motosikal tetapi juga pemilik kenderaan bermotor yang lain agar mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang membabitkan pengubahsuaian.

See also  Video ✓✓RapidKL mohon maaf, insiden pintu tren LRT terbuka

 

“Sebarang pengubahsuaian yang ingin dilakukan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penjara enam bulan jika ekzos kenderaan 'bising' " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148834
Users Today : 441
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24140
Users Last 30 days : 80232
Users This Month : 42559
Users This Year : 148833
Total Users : 148834
Views Today : 609
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36895
Views Last 30 days : 123111
Views This Month : 65025
Views This Year : 227415
Total views : 227416
Who's Online : 14
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares