Kontroversi Persenda Guru Bahasa Inggeris, Dj Yusuf Hits FM letak jawatan

KUCHING: Hitz FM Sarawak mengesahkan penyampai radio Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri atau DJ Yusuf, 29, meletak jawatan hari ini (22/2).

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


“HITZ tetap komited untuk terus memberi maklumat dan hiburan kepada rakyat Malaysia. Berikutan siasatan dalaman kami mengenai kontroversi baru-baru ini yang melibatkan salah seorang juruhebah kami, kami telah menerima peletakan jawatannya pada 22 Februari 2021,” katanya menerusi Facebook.

Yusuf sebelum ini berdepan tindakan digantung kerja berikutan rakaman video mempersendakan seorang guru yang dimuat naik di TikTok, baru-baru ini.

Pengurus Besar Astro Radio Malaysia Timur Hafiz Nizamuddin sebelum ini berkata, syarikat memohon maaf dan meluahkan rasa kesal di atas perlakuan DJ Yusuf.

“Dengan rasa rendah diri, Hitz FM memohon maaf di atas keterlanjuran tingkah laku salah seorang penyampai kami menerusi video yang tular, baru-baru ini.

“Kami memandang serius perkara ini. Pihak pengurusan akan menjalankan siasatan dalaman,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Video tular itu memaparkan aksi Yusuf mentertawakan guru terbabit yang sedang menyampaikan subjek Sains untuk siaran Didik TV.

Susulan kecaman yang diterima, Yusuf tampil membuat permohonan maaf menerusi entri di Instagram TV (IGTV), petang tadi.

Dalam video berdurasi 2.33 minit itu, Yusuf mengakui tindakan memuat naik video terbabit sebagai perbuatan biadap dan tidak sepatutnya dilakukan.

“Saya ingin menjelaskan tidak sepatutnya memuat naik video yang jelas menunjukkan saya mempersendakan guru terbabit.

“Dengan penuh keikhlasan, saya ingin memohon maaf kepada cikgu terbabit kerana membuatkan dirinya terasa dan terluka atas perbuatan saya itu,” katanya.

See also  Jenaka Rogol : Keluarga pelajar akan fail saman balas RM5 juta terhadap guru

 

Link berkaitan

 

https://alhadi.my/2021/02/20/videokebiadaban-penyampai-hitzfm-hina-diklasifikasikan-sebagai-membuli-atau-menghina-orang-lain-tanpa-hak/

 


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3919082974818353&id=173258112734210

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kontroversi Persenda Guru Bahasa Inggeris, Dj Yusuf Hits FM letak jawatan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Tarikh lihat anak bulan Zulhijah pada 10 Julai di 28 lokasi

Our Visitor

139989
Users Today : 1165
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22118
Users Last 30 days : 74645
Users This Month : 33714
Users This Year : 139988
Total Users : 139989
Views Today : 1617
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34265
Views Last 30 days : 115432
Views This Month : 52007
Views This Year : 214397
Total views : 214398
Who's Online : 27
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares