[Video] Pemandu Myvi rempuh Van cuba larikan diri berjaya ditahan

 

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Seorang pemandu van parah selepas kenderaannya dirempuh oleh sebuah kereta Perodua Myvi petang semalam. -Video tular

 

 

KUALA LUMPUR:23/2/2021 Seorang pemandu van parah selepas kenderaannya dirempuh oleh sebuah kereta Perodua Myvi petang semalam.

 

Dalam kejadian pada jam 2 petang di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, dekat Serdang, kenderaan mangsa dirempuh dari belakang menyebabkan van dipandunya terbalik.

 

Turut dirempuh sebuah kereta Proton Waja yang berada di kanan van tersebut.

 

Seorang penunggang motosikal pula nyaris menjadi mangsa apabila berada beberapa meter di belakang van tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata pemandu Myvi berusia 26 tahun itu dikatakan cuba melarikan diri tetapi ditahan orang awam yang kemudian menyerahkan kepada polis, lapor Berita Harian.

See also  Maut tercampak dari jejambat

 

“Lelaki pemandu Myvi itu dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) untuk tindakan susulan.

 

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu Myvi itu negatif dadah.

 

“Polis akan menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang didapati tiada rekod jenayah.

See also  Wanita maut terjatuh dari LRT

 

“Kita akan mohon reman terhadap suspek mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Azman.

 

Pemandu van yang parah kini ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan.

 

“Setakat ini, butiran pemandu van itu masih belum diperoleh daripada hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

 

Rakaman kejadian tular di media sosial sejak semalam.

See also  [Video]Kereta MyVi hanyut di jalan Kionsom Lama, salah seorang mangsa ditemui
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " [Video] Pemandu Myvi rempuh Van cuba larikan diri berjaya ditahan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155702
Users Today : 492
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24097
Users Last 30 days : 79526
Users This Month : 49427
Users This Year : 155701
Total Users : 155702
Views Today : 804
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36316
Views Last 30 days : 122358
Views This Month : 75635
Views This Year : 238025
Total views : 238026
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares