TDM tingkatkan kekuatan tentera di Sabah dan Sarawak [METROTV]

TDM tingkatkan kekuatan tentera di Sabah dan Sarawak [METROTV]

 

 

Bau: Tentera Darat Malaysia (TDM) menggerakkan satu pertiga daripada kekuatannya bagi meningkatkan lagi keupayaan pertahanan di Sabah dan Sarawak.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Panglimanya Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata, kekuatan itu meliputi sumber manusia, penstrukturan serta aset.

 

Beliau berkata, ia antara yang terkandung dalam Pelan Strategik TDM 2021-2025 bagi menyeimbangkan kekuatan pasukan itu di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

 

“Dalam pelan strategik itu, kita menetapkan kekuatan keseluruhan TDM dua pertiga di Semenanjung manakala satu pertiga lagi di Sabah dan Sarawak.

 

“Antara diberi perhatian ialah sumber manusia, penstrukturan dan aset bagi meningkatkan keupayaan pengoperasian TDM di sini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Aset Op Benteng Untuk Pemerintahan Medan Timur TDM yang turut dihadiri Panglima Medan Timur TDM Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad di Serikin, di sini, hari ini.

See also  Dua jam pujuk wanita turun dari pokok kundang

 

Zamrose berkata, aset baharu seperti pikap, kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi, motosikal lasak dan dron menepati keperluan operasi di kawasan muka bumi sukar sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan Barat.

 

“Bentuk muka bumi kawasan operasi di sempadan di Sarawak agak sukar dan jika kita menggunakan sepenuhnya anggota rondaan berjalan memang boleh, tidak ada masalah tetapi pergerakan mereka agak sukar.

 

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain mencuba kenderaan ATV pada Majlis Penyerahan Aset Op Benteng kepada Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat Malaysia di Serikin, Bau, hari ini. FOTO MOHD ROJI KAWI

 

See also  455 Sembuh 865 positif COVID-19 Di Malaysia, 19 Okt 2020

“Aset baharu ini akan memudahkan lagi pergerakan mereka supaya mampu melaksanakan operasi dengan lebih berkesan.

 

“Ketika ini pun banyak kejayaan dicapai dalam Op Benteng dan dengan adanya aset baharu, saya percaya lebih banyak kejayaan dapat kita capai,” katanya tanpa mendedahkan jumlah aset yang diagihkan itu.

 

Menurutnya, TDM juga akan menambah empat lagi pos kawalan sempadan di Sarawak sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pos di negeri ini 19 pos.

 

“Kerajaan Sarawak meluluskan tapak dan kerja pembinaan sudah bermula yang saya yakin akan siap Ogos ini,” katanya.

 

Sementara itu, mengenai perolehan aset baharu khususnya kenderaan berperisai mobiliti tinggi keluaran syarikat peralatan ketenteraan tempatan, Mildef International Technologies Sdn Bhd, Zamrose berkata, TDM mula menjalankan uji nilai terhadap kenderaan itu, semalam.

See also  Tiga Nelayan Vietnam Cedera Terkena Serpihan Tembakan Selepas Cuba Serang Anggota APMM

 

“Keputusan untuk membeli aset termasuk kenderaan itu bukan dibuat oleh TDM, tetapi kami membuat uji nilai kenderaan terbabit.

 

“Uji nilai itu merangkumi keupayaan mobiliti, sistem persenjataan, kemampuan menahan tembakan anti kereta kebal serta sistem komunikasi.

 

“Paling utama kita mahu melihat kemampuan kenderaan itu menahan tembakan kerana ia adalah kenderaan untuk membawa anggota, jadi kita perlu teliti,” katanya.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " TDM tingkatkan kekuatan tentera di Sabah dan Sarawak [METROTV] " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378300
Users Today : 1895
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16439
Users Last 30 days : 61690
Users This Month : 5304
Users This Year : 378299
Total Users : 378300
Views Today : 2601
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24478
Views Last 30 days : 94730
Views This Month : 7766
Views This Year : 582460
Total views : 582461
Who's Online : 8
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares