Lelaki larikan kereta semasa pandu uji

Lelaki larikan kereta semasa pandu uji

 

Oleh ASLIZA MUSA

24 Februari 2021, 12:04 am

 

IPOH: Tindakan seorang lelaki yang berpura-pura sebagai pelanggan dan mahu memandu uji sebuah kereta Perodua Axia rupa-rupanya adalah taktik licik untuk melarikan kenderaan berkenaan.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku semasa suspek datang ke premis jualan kereta terpakai di Jalan Kampar di sini untuk melihat kereta pada pukul 4 petang semalam.

 

See also  KECURIAN DI MASJID: JEMAAH DIMINTA LEBIH BERHATI-HATI

Katanya, suspek kemudiannya mahu memandu uji kereta Perodua Axia itu dengan ditemani pembantu jualan yang duduk di kerusi penumpang bahagian belakang.

 

“Semasa sesi pandu uji tersebut, kenderaan berkenaan telah berhenti untuk mengisi minyak di stesen minyak dekat Jalan Sultan Iskandar.

 

“Bagaimanapun, semasa melalui persimpangan Jalan Kampar ke Jalan Sultan Nazrin Shah, lelaki itu telah memberhentikan kereta dan meminta pekerja wanita itu pula memandu.

 

“Namun semasa mangsa mahu turun dari kereta, lelaki terbabit memecut laju melarikan kenderaan berkenaan dan meninggalkan wanita itu di tepi jalan,” katanya.

See also  Pemandu rempuh motosikal dakwa mengantuk

 

Menurut beliau, berdasarkan rakaman percakapan mangsa, suspek datang ke premis berkenaan dan memberitahu mahu membeli kereta Perodua Myvi.

 

Katanya, kereta model itu bagaimanapun tiada dan suspek kemudiannya ditunjukkan pula kereta Perodua Axia keluaran 2016 berwarna biru.

 

“Mangsa yang tidak mencatatkan sebarang butiran suspek telah bersetuju untuk membuat pandu uji kenderaan berkenaan di mana dia duduk di bahagian penumpang belakang.

See also  [VIDEO] Pokok keladi depan masjid pun kena rembat

 

“Mangsa tidak cam wajah suspek kerana memakai pelitup muka dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki larikan kereta semasa pandu uji " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376444
Users Today : 39
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16544
Users Last 30 days : 61933
Users This Month : 3448
Users This Year : 376443
Total Users : 376444
Views Today : 46
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24935
Views Last 30 days : 95564
Views This Month : 5211
Views This Year : 579905
Total views : 579906
Who's Online : 11
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-03
0Shares