Pemandu Proton Exora tabur pasir atas jalan ‘balas dendam’ kepada rider motosikal!
Seperti peribahasa ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’. Itu tindakan tidak bertanggungjawab seorang individu menabur pasir ke atas jalan raya berikutan rasa tidak puas hatinya terhadap penunggang motosikal.

Begitupun, tindakannya yang seperti baru selesai menabur pasir di sebuah selekoh jalan raya itu berjaya dirakam oleh seorang penunggang motosikal yang melalui jalan berkenaan.
Rakaman itu kemudian menunjukkan individu berkenaan sedang berlari ke tepi jalan dengan keadaan jalan ketika itu masih berdebu akibat tindakannya.
Video berkenaan kemudian tular di media sosial yang mencetuskan reaksi kurang senang di kalangan warganet.
Dipercayai, individu itu melakukan perkara berkenaan berikutan anaknya hampir dilanggar penunggang motosikal yang didakwa menunggang dengan laju di kawasan berkenaan.
Ia berikutan satu screenshot perbualan Whatsapp antara seorang lelaki yang dipercayai rakan kepada individu yang melakukan perbuatan berkenaan.
Dipercayai, individu berkenaan adalah pemilik sebuah kedai basikal di Kajang dan bekas pelumba basikal kebangsaan satu ketika dulu.
Terbaharu, individu yang didakwa melakukan perkara berkenaan sudah pun ditahan pihak berkuasa dan siasatan sedang dijalankan.
Sekalipun tindakannya menabur pasir itu jelas salah, begitupun sikap pengguna lain terutama yang menunggang motosikal yang menunggang dengan laju di kawasan berkenaan turut membahayakan dan tidak bertanggungjawab.
Tetapi apa juga alasan individu berkenaan, perbuatannya itu jelas tidak betul dan berisiko untuk meragut nyawa orang yang tidak bersalah.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Pemandu Proton Exora tabur pasir atas jalan 'balas dendam' kepada rider motosikal! " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.