Perkampungan Emas di Pahang. Penduduk Seronok Mengutip Emas Sehinggakan Ada yg Memperoleh 7KG

Perkampungan Emas di Pahang. Penduduk Seronok Mengutip Emas Sehinggakan Ada yg Memperoleh 7KG

 

 

LIPIS – Di sebalik ketenangan beberapa buah kampung di daerah Kechau yang mempunyai keluasan 77,000 hektar di sini, siapa sangka kandungan perut buminya dilimpahi dengan emas mentah sekali gus mengubah taraf hidup kira-kira 5,000 penduduk di situ sejak turun temurun.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Kewujudan emas yang bertimbun di kawasan itu boleh digambarkan seolah-olah penduduk tinggal dan hidup dengan logam berharga tersebut kerana ia didakwa berada di bawah, depan dan belakang rumah mereka. Oleh kerana banyaknya emas, ada penduduk yang memperoleh sehingga tujuh kilogram

 

Ketulan emas yang ditemui ketika aktiviti melombong yang dilakukan oleh penduduk di Kampung Sungai Mun, Mukim Kechau, Lipis, Pahang baru-baru ini. – ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

See also  Wanita minta lampin berjenama dikecam.

 

Jika Anda Gali Tanah Dan Jumpa Emas Belakang Rumah. Bolehkah Anda Ambil Emas Itu Walaupun Emas Itu Dalam Tanah Sendiri

 

Kuala Terengganu: Boleh gali tetapi tidak boleh ambil. Itu kata Presiden Institut Geologi Malaysia Datuk Yunus Abd Razak berhubung aktiviti menggali emas oleh penduduk Kampung Jenang, Marang di kawasan tanah berhampiran kediaman masing-masing.

 

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkata, bahan galian seperti emas tersenarai antara mineral yang menjadi milik kerajaan walaupun berada di dalam kawasan tanah persendirian mengikut undang-undang.

 

“Pada asasnya semua sumber mineral adalah tertakluk dan menjadi hak kerajaan negeri.

 

“Penduduk dibenarkan menggali tanah tetapi sekiranya menemui sumber mineral antaranya emas dan timah, ia adalah milik kerajaan seperti termaktub dalam undang-undang,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

See also  Murninya Hati, Remaja OKU Tiada Jari Di Tangan Sanggup Jadi Sukarelawan Urus Mayat Pesakit COVID-19

 

Menurut Yunus, penduduk terbabit bagaimanapun boleh membuat permohonan Lesen Melombong Tuan Punya untuk mencari dan menggali emas di tanah milik masing-masing.

 

“Lesen ini perlu dipohon daripada Pejabat Tanah dan Galian negeri (PTG) dan selepas memperolehnya, mereka perlu memohon lesen operasi pula daripada JMG.

 

“Pemilik tanah juga perlu mengemukakan satu skim yang mana perlu mendapatkan bantuan jurutera perlombongan berdaftar.

 

“Skim ini secara mudahnya untuk menunjukkan keluasan, sistem pengairan dan beberapa aspek keselamatan lain yang perlu dipatuhi.

 

“Selain itu, wujud peruntukan dalam Enakmen Mineral Negeri yang memerlukan mereka membayar royalti sekitar 2.5 peratus daripada keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya.

 

Sehubungan itu, Yunus menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya merujuk kepada JMG untuk mendapatkan nasihat bagaimana mereka boleh meneruskan aktiviti menggali emas di tanah milik masing-masing.

See also  Video@Sungai Kechau Tui bertukar biru angkara sisa kilang 

 

“Tidak perlu terburu-buru, sebaliknya dapatkanlah nasihat daripada pakar. Mereka juga boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana syarikat yang mampu melakukan aktiviti berkenaan secara lebih berkesan dan terserah kepada persetujuan mereka mengenai nisbah pembahagian keuntungan,” katanya. – HMETRO ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Perkampungan Emas di Pahang. Penduduk Seronok Mengutip Emas Sehinggakan Ada yg Memperoleh 7KG " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148616
Users Today : 223
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23922
Users Last 30 days : 80014
Users This Month : 42341
Users This Year : 148615
Total Users : 148616
Views Today : 299
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36585
Views Last 30 days : 122801
Views This Month : 64715
Views This Year : 227105
Total views : 227106
Who's Online : 16
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares