Ramai warga Asing Bangla berniaga kedai jual barang basah

Bila Bangla jadi tauke

Masih banyak lagi kedai runcit termasuk kedai jual barang basah seperti ikan, sayur, daging lembu segar, taukenye adalah warga Bangladesh.

 

 

ISU warga asing bebas buka kedai dan berniaga sampai bila pun mungkin tidak akan selesai. Baru-baru ini Merak Jalanan saja pusing-pusing naik motosikal di Kampung Baru Sungai Buloh.

 

Pusing punya pusing, Merak Jalanan nampak masih banyak lagi kedai runcit termasuk kedai jual barang basah seperti ikan, sayur, daging lembu segar, taukenye adalah warga Bangladesh.

 

Ingatkan bila dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, depa takut nak berniaga, rupa-rupanya perniagaan mereka macam biasa, malah cukup sesak dengan pelanggan pada waktu pagi.

See also  Terserempak Bangla Curi Troli Tesco Melaka

 

Masalahnya dalam ramai-ramai warga Bangladesh yang datang membeli, masih ada warga tempatan kita yang menyokong kedai bangsa berkenaan dengan alasan barang yang dijual murah.

 

Inilah yang paling Merak Jalanan tak boleh terima. Dulu semua kecam salahkan kerajaan, konon tak ambil tindakan terhadap warga asing tetapi dalam hal ini pergi beli barang dapur kat kedai Bangladesh sebab murah, tak salah?

 

Samalah juga isu marah dengan warga Rohingya ceroboh masuk ke dalam negara tetapi bila mereka datang minta sedekah, kita layankan. Tidak mengapa, sedekah katanya, sebab itu berkapal-kapal orang Rohingya nak masuk Malaysia sebab orang Malaysia pemurah.

See also  Pekerja asing lari lompat pagar enggan diperiksa

 

Isu sedekah ini sebenarnya subjektif tetapi sebelum sedekah kat warga asing, baik kita sedekah duit kita kepada rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua yang amat memerlukan sumbangan untuk meneruskan operasi.

 

Perasankah kita, impak daripada sedekah RM1 yang kita tak kisah itu sebenarnya yang menyebabkan Kampong Bharu di Kuala Lumpur penuh dengan pengemis warga asing.

See also  Warga Asing Tapau habis Bisnes Flat PKNS JlnTun Razak KL

 

Masakan tidak, dalam tempoh satu jam Merak Jalanan makan di sebuah restoran, tidak kurang enam orang warga asing datang mintak sedekah. Jadi fikir-fikirkanlah..

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Ramai warga Asing Bangla berniaga kedai jual barang basah " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385505
Users Today : 1583
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17268
Users Last 30 days : 60821
Users This Month : 12509
Users This Year : 385504
Total Users : 385505
Views Today : 2431
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25597
Views Last 30 days : 92730
Views This Month : 18516
Views This Year : 593210
Total views : 593211
Who's Online : 10
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares