Drama ganas dua penjenayah di Sungai Buloh

Drama ganas dua penjenayah di Sungai Buloh

 

26/2/2021

Gombak: Dua anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta selepas pemandunya bertindak ganas merempuh beberapa kenderaan di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh di sini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian itu yang tular di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi apabila suspek bertindak agresif dan enggan menyerah diri walaupun dalam keadaan kenderaan dinaiki terkepung.

 

Saksi kejadian berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari tadi apabila anggota polis cuba menahan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta model Proton Waja.

See also  kabel internet TM putus، Zon utara terjejas

 

“Bagaimanapun dua lelaki itu enggan membuka pintu kereta dan menyerah diri. Pemandu kereta itu sebaliknya menekan minyak dan merempuh lori yang berada di hadapannya.

 

“Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika kebanyakan kenderaan sedang berhenti susulan lampu merah,” katanya.

 

Menurutnya, suspek yang cuba merempuh anggota polis menyebabkan dua anggota polis yang berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan ke arah tayar hadapan kiri kereta itu.

See also  Polis edar imej penjenayah kes rompakan kedai emas

 

Malah kereta penjenayah turut mengundur dan merempuh beberapa kenderaan lain,

 

“Saya rasa anggota polis terbabit amat berdiplomasi dan menggunakan kekerasan minimum. Mereka tidak menembak penjenayah terbabit walaupun berpeluang melakukannya.

 

“Malah penjenayah akhirnya berjaya melarikan diri walaupun dalam keadaan tayar kenderaan pancit,” katanya.

 

Berdasarkan maklumat, kereta penjenayah akhirnya ditemui ditinggalkan berhampiran MRT Damansara Damai.

See also  Video✓✓berang Kerap membrek, lelaki emosi bertindak tendang kereta dipandu wanita

 

“Dua penjenayah di dalamnya dipercayai melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran,” katanya.

Pautan berkaitan

https://alhadi.my/2021/02/26/sebuah-proton-waja-nekad-lari-dari-polis/

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Drama ganas dua penjenayah di Sungai Buloh " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139930
Users Today : 1106
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22059
Users Last 30 days : 74586
Users This Month : 33655
Users This Year : 139929
Total Users : 139930
Views Today : 1537
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34185
Views Last 30 days : 115352
Views This Month : 51927
Views This Year : 214317
Total views : 214318
Who's Online : 27
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares