Video pelajar tatap jenazah bapa sebelum duduki SPM undang sebak

Video pelajar tatap jenazah bapa sebelum duduki SPM undang sebak

 

IPOH – Rakaman video seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menatap wajah arwah ayahnya buat kali terakhir sebelum menduduki peperiksaan Sejarah kertas dua yang tular hari ini mengundang sebak dan meruntun hati netizen.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Muhamad Haikal Iskandar, calon SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru Kuala Kangsar dilihat menangis menatap jenazah bapanya yang tiba di pekarangan dewan peperiksaan sebelum menduduki SPM.

 

Situasi itu dikongsi pengguna Facebook Badariah Mohd. Mohaidin yang juga kaunselor sekolah terbabit yang kemudian dikongsi pengguna Facebook lain.

See also  Video Banjir: Lapan nyaris maut, bas pekerja dihanyut arus deras

 

“Menghampiri pukul 10 pagi untuk peperiksaan Sejarah K2. Van jenazah singgah ke sekolah. Seorang ayah yang sudah tidak bernyawa dibawa berjumpa anak buat kali terakhir.

 

“Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Muhammad Haikal Iskandar untuk menjawab SPM (SMK Simpang Beluru),” kongsi Badariah dalam hantarannya.

 

Sehingga pukul 7 malam, hantaran itu sudah dikongsi lebih 2,000 pengguna, ditonton lebih 35,000 dan mendapat sebanyak 1,500 tanda suka.

See also  Tinjau Kilang guna  Dron Pekerja Asing Lari Lintang - pukang

 

 

Video berdurasi selama 58 saat yang berlatar belakang lagu Salam Terakhir nyanyian Allahyarham Sudirman itu sememangnya mengundang sebak netizen.

 

Selain video, beberapa keping gambar Muhammad Haikal yang kelihatan sedang mengesat air mata dan ditenangkan guru sekolah berkenaan.

 

Gambar dan video berkenaan turut dikongsi beberapa portal media dan pengguna Facebook.

 

Rata-rata pengguna turut berdukacita dan mengucapkan takziah kepada Muhammad Haikal serta mendoakan pelajar terbabit diberikan ketabahan serta mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang sedang dihadapinya.-K!ONLINE

See also  [Video] Rayuan Mohon pulangkan wang peruntukan makanan calon SPM SMK PUCHONG PERDANA 

 

Oleh SHAARANI ISMAIL

24 Februari 2021, 7:27 pm

Video & gambar Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video pelajar tatap jenazah bapa sebelum duduki SPM undang sebak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149577
Users Today : 1184
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22079
Users Last 30 days : 79299
Users This Month : 43302
Users This Year : 149576
Total Users : 149577
Views Today : 1650
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33315
Views Last 30 days : 121475
Views This Month : 66066
Views This Year : 228456
Total views : 228457
Who's Online : 19
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares