Bob Mah Sing sudah ditahan

Bob Mah Sing sudah ditahan

 

Petaling Jaya: 27/2/2021  Penjenayah yang terbabit dalam kejadian dua rempuhan dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, di sini, semalam sudah ditahan polis.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

in

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Shah Alam semalam.

 

“Siasatan mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai 20 rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

See also  PKRC CAC di Lembah Klang lengang

 

“Suspek yang dikenali sebagai Bob Mah Sing yang diburu pihak polis semalam selepas melarikan diri ditahan pada 11.45 malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Nik Ezanee berkata, kedua-dua suspek yang terbabit dalam kejadian itu akan direman hari ini.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427 dan 188 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958,”katanya.

 

Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 45 saat menunjukkan anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan itu selepas suspek enggan memberhentikan kereta.

See also  Anggota polis pukul teman wanita dengan besi angkara cemburu

 

Kenderaan bernombor pendaftaran MAS 175 itu dilihat melanggar bahagian belakang lori dan sisi kereta Perodua Myvi untuk mencelah di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

 

Polis kemudian berjaya menahan seorang daripada suspek yang berusia 35 tahun di sebuah kawasan perumahan di Desa Aman hasil maklumat orang awam dan sedang memburu Bob Mah Sing yang berjaya melarikan diri.

See also  Pasangan Kekasih langgar polis seorang mengaku salah tetapi pasangan minta dibicarakan

 

Pautan berkaitan

 

Seorang daripada dua suspek menaiki proton waja MAS 175 diberkas polis

 

https://alhadi.my/2021/02/27/video-saat-penjenayah-bob-mah-sing-dan-rakannya-lari-keluar-dari-proton-waja/

 

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bob Mah Sing sudah ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156713
Users Today : 554
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23368
Users Last 30 days : 78799
Users This Month : 50438
Users This Year : 156712
Total Users : 156713
Views Today : 990
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35403
Views Last 30 days : 121340
Views This Month : 77541
Views This Year : 239931
Total views : 239932
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares