Tinjau Kilang guna  Dron Pekerja Asing Lari Lintang – pukang

Tinjau Kilang guna  Dron Pekerja Asing Lari Lintang – pukang

 

HULU SELANGOR – Pekerja asing di sebuah kilang kitar semula di kawasan Perindustrian Miel, Batang Kali di sini, lari lintang-pukang selepas melihat dron diterbangkan anggota penguat kuasa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang digunakan untuk memeriksa kilang terbabit.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Bahagian Korporat MDHS menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menjalankan serbuan setelah mengenalpasti kilang terbabit melanggar arahan notis penutupan dikeluarkan pada 17 Februari lalu.

 

Menurutnya, ketika anggota penguat kuasa tiba di kilang berkenaan, pintu utama premis didapati masih berkunci menggunakan mangga ( padlock) yang dipasang (ketika operasi) sebelum ini.

See also  ATM Tahan 2 Tekong Tempatan Bersama 15 PATI Indonesia

 

“Anggota penguat kuasa menggunakan dron untuk meninjau sama ada terdapat pekerja di dalam premis terbabit atau sebaliknya.

 

“Hasil tinjauan mendapati terdapat beberapa pekerja warga asing sedang melarikan diri dari premis. Tinjauan turut mendapati mesin dan peralatan yang digunakan beroperasi seperti biasa,” katanya yang memaklumkan serbuan itu disertai 24 anggota penguat kuasa dan empat pegawai Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pengurusan Awam MDHS.

Forklift digunakan yang disita MDHS.

 

Menurutnya, MDHS mengambil tindakan dengan menyita lima buah forklift di premis terbabit menggunakan peruntukan Seksyen 109, Akta Kerajaan Tempatan 1976 atas kesalahan mengingkari notis dikeluarkan MDHS selaku pihak berkuasa tempatan.

See also  Kepala kanak-kanak positif Covid-19 tersepit katil wad

 

Dalam perkembangan sama, MDHS memaklumkan pihaknya turut menyita empat buah forklift di sebuah premis yang menjalankan aktiviti melebur logam di Jalan Zuhrah 1, Kawasan Perindustrian Zuhrah, Rasa.

 

Menurutnya, semasa pemeriksaan dilakukan, pekerja masih berada di dalam premis yang beroperasi seperti biasa.

 

Menurutnya, semasa pemeriksaan dilakukan, pekerja masih berada di dalam premis yang beroperasi seperti biasa.

See also  Penjara enam bulan jika ekzos kenderaan 'bising'

 

“Bagi melumpuhkan aktiviti melebur tembaga di premis berkenaan, empat forklift disita di bawah Undang-undang Kecil 38(1), Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007,” katanya

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tinjau Kilang guna  Dron Pekerja Asing Lari Lintang - pukang " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156122
Users Today : 912
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24517
Users Last 30 days : 79946
Users This Month : 49847
Users This Year : 156121
Total Users : 156122
Views Today : 1660
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37172
Views Last 30 days : 123214
Views This Month : 76491
Views This Year : 238881
Total views : 238882
Who's Online : 3
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares