{Video} Pemandu bas ekspres rempuh Tol positif Covid-19

Pemandu bas ekspres positif Covid-19

 

 

Sepang: 27/2/2020 Pemandu bas ekspres membawa pesakit Covid-19 yang merempuh Plaza Tol UPM, Serdang, dekat sini, hari ini, didapati positif virus berkenaan.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ujian saringan Covid-19 mendapati lelaki berusia 41 tahun itu positif virus berkenaan.

 

Beliau berkata, ujian saringan kencing mendapati lelaki itu negatif dadah.

 

Katanya, bas ekspres terbabit dalam perjalanan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Maeps 2.0sebelum terbabas sendiri melanggar Plaza Tol UPM.

See also  Detik Getir Bomba Selamatkan 5 dalam kereta terhumban ke tebing sungai

 

“Bas ekspres itu terbabas dan melanggar struktur Plaza Tol UPM menyebabkan kenderaan itu pecah cermin hadapan, bumper, pintu bahagian pemandu dan lain-lain kerosakan belum dapat dipastikan.

 

“Siasatan mendapati bas itu membawa pesakit Covid-19 dari Kluster Changkat Jong ke Maeps. Terdapat lapan bas lain yang turut serta membawa pesakit dengan seramai 40 penumpang di dalamnya,” katanya.

See also  Penunggang motosikal maut akibat rempuhan berkelajuan tinggi

 

Beliau berkata, pemandu dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke Plaza Tol UPM di lorong Touch & Go.

 

“Pemandu bersama lapan penumpang mengalami kecederaan ringan dan sudah dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

 

“Akibat kemalangan itu, pemandu mengalami luka di kaki,” katanya.

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Terdahulu, dilaporkan enam pesakit Covid-19 mengalami kecederaan ringan selepas bas ekspres membawa mereka terbabit kemalangan di Plaza Tol UPM.

See also  (DashCam) Kanak-kanak lintas jalan parah dilanggar di depan rumah 

 

Satu video tular saat rempuhan berkenaan

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} Pemandu bas ekspres rempuh Tol positif Covid-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363042
Users Today : 1181
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9937
Users Last 30 days : 65392
Users This Month : 52060
Users This Year : 363041
Total Users : 363042
Views Today : 1881
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15458
Views Last 30 days : 100998
Views This Month : 80797
Views This Year : 559863
Total views : 559864
Who's Online : 7
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares